Rabu, 5 Oktober 2011

07 di tanjung tualang - Google Blog Search

07 di tanjung tualang - Google Blog Search


10000 pengunjung hadir ke Karnival 1Malaysia <b>Tanjung Tualang</b> <b>...</b>

Posted: 23 Sep 2011 08:58 PM PDT

Karnival Tanjung Tualang yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menarik kehadiran lebih 10,000 pengunjung yang terdiri pelbagai bangsa dan agama.

Sebelum program Walkabout di pekan Tanjung Tualang, Najib sempat beramah mesra dengan masyarakat Mambang Di Awan di SJKC Mambang Di Awan.

Terdahulu, beliau dan isteri, Datin Seri Paduka Rosmah Mansor tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh, jam 9.30 pagi tadi untuk lawatan kerja sehari ke Perak.

Program pertama yang dihadiri pemimpin nombor satu negara itu berlangsung di Taman Soon Choon, iaitu Program Sepagi Bersama Perdana Menteri yang membabitkan majlis rumah terbuka dan ramah mesra Hari Raya Aidilfitri.

Pada sebelah petang, beliau dijadual mengunjungi perkampungan Orang Asli di Sungai Siput dan menyampaikan bantuan yang golongan yang memerlukan di sana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan