Jumaat, 7 Oktober 2011

07 di chemor - Google Blog Search

07 di chemor - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Malaysia terajui Dana Infrastruktur ASEAN

Posted: 02 Oct 2011 04:12 PM PDT

IPOH 2 Okt. – Malaysia telah dipilih untuk menerajui Dana Infrastruktur ASEAN bernilai RM1.4 bilion (AS$450 juta) bagi membantu negara-negara di rantau ini mencapai tahap ekonomi yang tinggi.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, dana daripada Bank Pembangunan ASEAN itu diperoleh hasil daripada termeterainya perjanjian pemegang saham yang diadakan di Washington, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

"Malaysia akan melantik sebuah badan entiti korporat di bawah Kementerian Kewangan bagi menguruskan dana itu yang bakal beroperasi di Kuala Lumpur," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Jamuan Mesra Rakyat Sempena Aidilfitri dan Kemerdekaan di pekarangan Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi di Chemor dekat sini hari ini.

Katanya, setiap negara ASEAN akan melantik Ahli-ahli Lembaga Pengarah bagi menganggotai badan tersebut.

"Kita masih dalam proses untuk melantik seorang Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif tidak lama lagi.

"Apabila kita memperoleh dana bagi fasa pertama kira-kira 80 peratus selewat-lewatnya Jun tahun depan, kita boleh melaksanakan beberapa projek yang dikenal pasti seperti pengairan dan infrastruktur," katanya.

Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, jika negara di rantau ini mahu memperkukuhkan ekonomi masing-masing, mereka perlu bergantung kepada pasaran ASEAN.

Menurut beliau, sebagai rakan perniagaan terbesar dalam ASEAN, Malaysia perlu memperkukuhkan pasaran di negara-negara serantau dan tidak bergantung dengan pasaran di Eropah dan AS yang kini berhadapan krisis ekonomi.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan