Jumaat, 7 Oktober 2011

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


Dr Ghazali & Ema at Pantai Remis, <b>Lumut</b> « FirdausMokhtar <b>...</b>

Posted: 06 Oct 2011 11:50 PM PDT

Majlis pernikahan Dr. Ghazali & Ema yang berlangsung di Pantai Remis, Lumut. Enjoy!

Selamat pengantin baru Dr. Cali & Ema.. ;D

Firdaus Mokhtar

Fabulous Moments™ Studio

Leave a Reply

Gravatar
WordPress.com Logo

Please log in to WordPress.com to post a comment to your blog.

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. (Log Out)

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. (Log Out)

Connecting to %s

Hari Keluarga SAMTAJ <b>Di</b> Marina Cove Resort, <b>Lumut</b>, Perak <b>...</b>

Posted: 01 Oct 2011 05:44 PM PDT

Jika anda membaca entri Destinasi Awal Bulan Oktober 2011, sudah tentu anda dapat mengagak di manakah saya sekeluarga menghabiskan hujung minggu ini. Alhamdulillah, kami selamat sampai ke destinasi pada pukul 4.00 petang dan kami merupakan peserta kedua terakhir sampai ke sana.
Setibanya kami di tempat kejadian, kami disambut oleh guru yang bertugas untuk pendaftaran peserta. 
Cik Rahmah

Selesai pendaftaran, kami menerima kunci bilik, pass makan malam dan sarapan pagi serta goodie bag yang berisi makanan & minuman. 

Bilik kami terletak di tingkat paling atas (tingkat 11 - 11.99). Keadaan bilik juga amat selesa (kami memilih superior room) dengan kelengkapan seperti katil kelamin & katil bujang, dapur, sofa, almari, bilik air dan juga TV. Paling seronok, ada balkoni di luar yang mana kami boleh melihat keadaan sekitar resort.

Aktiviti pertama Hari Keluarga dimulakan dengan acara sukaneka bagi kanak-kanak. Ada 3 acara yang dipertandingkan dan Amir hanya layak untuk menyertai 2 acara - bawa bola ping pong dalam sudu dan isi air dalam botol.

"Amir kena pegang macam ni..", pesan ibu


Amir memegang tumpurung kelapa untuk acara isi air dalam botol

Saya dan suami juga tidak ketinggalan untuk menyertai acara bagi orang dewasa. Lihatlah betapa seronoknya saya dan suami bila sekali sekala dapat menyertai acara sukaneka sebegini.

Suami menunjukkan skill dalam acara please tie my hair


Saya sedang cuba menyambut belon yang berisi air

Acara isi air dalam botol menggunakan tempurung kelapa


Aktiviti hari kedua - mandi manda di Marina Water Park. Nantikan entri saya selanjutnya :)

Entri berkaitan : percutian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan