07 di bidor - Google Blog Search |
"HardDisK" KenaNgan..~~: Mase <b>di bidor</b>.. Posted: 11 Nov 2011 04:42 PM PST "Uwah".. itulah perkataan terawalku ketika pertama kali melangkah ke kawasan itu. Aku sebenarnye dibesarkan di banting, selangor. Namun disebabkan masalah yg tidak dapat dielak, aku pun berpindah ke bidor. Memang bermacam-macam perkara yang ak bayangkan dan fikirkan pada ketika itu. Mana tidaknya, semuanya baru bagi aku yang baru masuk darjah 2. "Man, pegi kedai jap, beli barang skit nak masak ni", jerit ibuku dari dapur. "Yela.." jawabku ringkas. Dengan basikal jenama GTO yg bapaku belikan, aku pun menempuh pengalaman pertamaku berbasikal di Taman Sri Bidor itu. Sampai sahaja di kedai runcit, aku hanya perlu memberi 'list'2 barang yang ibu mahukan kepada 'tauke' kedai tersebut. Dalam masa beberapa minit sahaja barang telahpun bertukar tangan. Aku pun meneruskan langkahku ke basikal."Macam mane ni, ak mane ingat jalan nak balik. Habisla ak macam ni", kataku dalam hati. Dengan memori yg 'kejap ada kejap tiada' itu ak meneruskan perjalanan tanpa memikirkan perkara yg 'negative'. "Eh, aku kat mane sekarang ni.. adoyai, sesat la ni.. aku dah agak dah mesti sesat punye la.. Yang ak pegi rempuh gak apehal..?", fikiranku sesak dengan persoalan2 yang menerjah secara 'automatik'. Aku memang tahu kedai runcit kat mana sebab kedai itu tidak terlalu 'specific' dan ada di hadapan taman. Tapi kedudukan rumah yg tidak sampai sehari 'bertapak' membuatkan memori kecilku tidak dapat mengingatinya dengan tepat. Sekarang aku telahpun sesat dihadapan rumah pakcik berbangsa India yang membela seekor anjing bewarna hitam. "Cis, macam mane ni.. kat depan tu ade anjing, ak dah la 'sensitif' sikit ngan anjing nih.. muke die pun 'ganas' semacam je..", hatiku berkata. Dalam keadaan yang 'gawat' itu, aku melihat bayangan kereta pakcikku menderum ke arahku. "La, buat ap kat sini man.. muke mcm sesat je, dah2 jngan menangis lagi.. jom ikut cik tek hahaha.." kata pakcikku kepadaku. Bapaku yang duduk bersebelahan dengan pakcikku pun gelak sekali. Mereka baru balik dari mengangkat barang2 yang dipindahkan ke rumah baruku. "Yela.. isk3.." sahutku sambil mengesat air mata dengan lengan bajuku. Aku pun mengekori rapat kereta pakcikku itu agar tidak tersesat lagi. Itulah pengalaman pertamaku di bidor. |
You are subscribed to email updates from di bidor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan