Isnin, 27 Februari 2012

07 di trolak - Google Blog Search

07 di trolak - Google Blog Search


Wangsa Setia: DURIAN RUNTUH <b>DI</b> FELDA <b>TROLAK</b> SELATAN

Posted: 27 Feb 2012 09:17 PM PST






Ini betul-betul durian runtuh. Sebuah rumah didiami seorang ibu tunggal telah ditimpa pokok durian dalam kejadian ribut lewat petang semalam. Pokok durian itu tumbang dari arah dapur dan meranapkan sebahagian besar atap dan alang rumah berkenaan.
Ibu tunggal berkenaan, Puan Hasnah bte Mahmood ketika itu berada di rumah bersama seorang anaknya. Mujurlah tidak ada kemalangan jiwa berlaku akibat kejadian itu.
Pasukan bomba dari Balai Bomba Slim River telah datang sekitar jam 9.30 malam bagi meninjau kejadian dan telah menasihatkan penghuni rumah menumpang di rumah jiran tetangga sementara menunggu pokok yang tumbang itu dibersihkan pagi ini.
Kerja-kerja mengalihkan pokok durian dilakukan pagi ini oleh pasukan bomba dengan kerjasama penduduk tempatan dan jiran tetangga. Pegawai Daerah Batang Padang telahpun dimaklumkan bagi menguruskan bantuan kecemasan.
Pusat Khidmat ADUN Slim juga telah mengeluarkan bantuan segera berjumlah hampir RM5,000 bagi membeli peralatan seperti atap zink dan kayu untuk melakukan kerja baikpulih kerosakan rumah ibu tunggal itu hari ini.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menghulurkan bantuan dan syabas atas sikap bantu membantu yang ditunjukkan oleh masyarakat setempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan