Isnin, 13 Februari 2012

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


mi1: BR1M: Hak pekerja estet dinafikan, MIC buta

Posted: 13 Feb 2012 01:36 AM PST

Perkara ini dikesan semasa kepimpinan serta petugas PKR Pasir Salak turun padang pada hari ini untuk bertemu masyarakat ladang di Estet Rubana, Teluk Intan.

PETALING JAYA: PKR Pasir Salak kecewa kerana masyarakat estet yang rata-rata berpendapatan di bawah paras kemiskinan (bawah RM500 sebulan) telah dinafikan hak mereka untuk mendapat bayaran RM500 yang diwar-warkan di bawah skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Perkara ini dikesan semasa kepimpinan serta petugas PKR Pasir Salak turun padang pada hari ini untuk bertemu masyarakat ladang di Estet Rubana, Teluk Intan dibawah Dewan Undangan Negeri (Dun) Kampung Gajah dalam kawasan Parlimen Pasir Salak.

Lawatan turun padang tersebut turut disertai oleh beberapa AJK Biro Masyarakat Kaum India PKR Negeri Perak, demikian menurut satu kenyataan media dari parti itu.

Program tersebut diketuai Haji Osman Abdul Rahman Ketua Cabang PKR Pasir Salak Haji Osman Abdul Rahman yang juga merupakan Penyelaras Dun Sungai Manik dan Penyelaras Parlimen Pasir Salak, Abdul Razak Bin Ismail.

Kenyataan itu memberitahu daripada 30 keluarga masyarakat India yang tinggal di estet tersebut hanya tiga keluarga sahaja mengesahkan menerima bantuan tersebut.

Salah seorang dari pemohon menunjukan surat penolakan tersebut dengan hanya memberi alasan "tidak memenuhi syarat kelayakan" sedangkan gajinya sebagai buruh am membersih kawasan ladang hanya RM400 sebulan dan isteri pula tidak bekerja.

Osman berkata, perkara ini berlaku mungkin disebabkan oleh Barisan Nasional (BN) ingin 'menghukum' pekerja-pekerja ladang tersebut kerana menyebabkan BN tewas di peti undi ladang tersebut dalam PRU 12 yang lalu.

Terdapat lebih 400 orang pengundi berdaftar di ladang tersebut.

Sementara itu, Razak pula menyifatkan bahawa pemberian BR1M hanya sekadar 'gula-gula' kerajaan BN untuk memancing undi dan menguasa minda masyarakat luar bandar dan golongan rakyat yang berpendapatan rendah untuk menyokong BN tapi mereka sebenarnya tidak mempunyai 'perasaan' langsung untuk membantu golongan miskin ini.

Berdasarkan perangkaan ini kata Razak, tidak mustahil ramai masyarakat pekerja ladang di seluruh negara telah ditolak permohonan mereka.

"Lantaran itu PKR mengesa kerajaan memberikan butiran berapa ramai jumlah permohonan pekerja ladang yang telah diluluskan dan ditolak oleh pihak kerajaan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan