Isnin, 13 Februari 2012

07 di trolak - Google Blog Search

07 di trolak - Google Blog Search


Lawatan TPM Ke Perak - Aku Budak <b>Trolak</b>

Posted: 11 Feb 2012 01:59 PM PST

Semalam 11 Februari 2012, YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan lawatan ke negeri kesayanganku ini iaitu Perak Darul Ridzuan. Lawatan pada pemerhatian aku adalah lawatan berunsur politik tersebut telah memberi lambakan rezeki untuk beberapa tempat iaitu daerah Hilir Perak khususnya Kampung Bahagia dan Pulau Pangkor yang merupakan tempat DUN Menteri Besar Perak, Datuk Wira Di Raja Dr Zambry bin Abd Kadir.

Jumlah keseluruhan peruntukan yang diberikan untuk tempat-tempat tersebut berjumlah RM57.5.

  • RM30.846 juta untuk pembangunan pendidikan dan infrastruktur.
    • RM27 juta - pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Bahagia

    • RM800,000 - Membina Sekolah Agama Rakyat (SAR) Pangkor

    • RM12.17 juta - Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)

    • RM14.5 juta - Sekolah Agama Rakyat yang menjalankan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (SAR KAFA)

  • RM500,000 - Naiktaraf Jalan Sungai Manik-Changkat Jong

  • RM400,000 - Jeti nelayan baru

Mungkin payah nak dihuraikan sepenuhnya peruntukan yang diberikan dalam lawatan kali ini.

Sebagai Menteri Pelajaran pula, TPM telah menyertai Program Pengurusan Pementoran Perkhidmatan Awam bersama kira-kira 3,000 warga pendidik di Ipoh. Menurut sumber warga pendidik ini merupakan guru besar dan pengetua serta pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah seluruh negeri Perak.

Dalam ucapan dalam majlis tersebut antara di disentuh ialah berkaitan apabila beliau diminta mengulas adakah wajar individu yang terlibat dengan sebarang skandal meletak jawatan dalam kerajaan. Namun jawapan yang diberikan seperti berikut:

"Beliau berkata keyakinan rakyat terhadap BN tidak akan tergugat jika kerajaan secara berterusan memberi penjelasan kepada mereka tentang keadaan sebenar yang berlaku."

"Kita ni manusia ada kelemahan, kalau sedar perbetulkan... rakyat pun faham bahawa kita bukan main-main dan kita serius, atas dasar itu mungkin mereka boleh terima pandangan kita," katanya. (Sumber: BERNAMA)"

Jawapan ini telah menimbulkan tanda tanya. Adakah pemimpin yang bermasalah tetap dipertahankan oleh kerajaan? Jika begitu alasannya, rasanya rakyat telah mempunyai pilihan untuk PRU 13 ini.

Mengapa tidak dijelaskan tindakan yang akan diambil kepada pemimpin yang bermasalah untuk membersihkan imej kerajaan dan parti? Pemimpin yang mempunyai masalah tidak sepatutnya diberi peluang seterusnya kerana akan menjadi penyumbang kepada keruntuhan sesebuah kerajaan seterusnya meruntuhkan negara.

Seterusnya apabila diminta mengulas berhubung kenyataan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin bahawa peluang untuk BN memenangi pilihan raya umum akan datang agak tipis berikutan skandal yang berlaku di kalangan individu tertentu.

Muhyiddin berkata: "Kita ambil baik pandangan beliau. Kita ambil untuk lebih semangat bekerja."

Beliau berkata BN mempunyai rekod tentang kedudukan parti perikatan itu bagi setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Keseluruhan lawatan tidak dipastikan objektif sebenarnya, namun pastinya tujuan sebenar lawatan bermotif politik, namun penjelasan kepada jawapan kepada umum melalui media massa adalah satu yang mungkin memerangkap diri dan menjadi modal untuk parti politik haluan kiri di Malaysia.

Ikuti berita lawatan ini di laman-laman berikut:
Bernama
Utusan Online
Sinar Harian

Wangsa Setia: JADUAL LAWATAN KERJA MB PERAK KE <b>...</b>

Posted: 13 Feb 2012 09:36 AM PST

Menteri Besar Perak, Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir akan melakukan lawatan kerja ke DUN Behrang dan DUN Slim pada 15-16 Februari ini. 
Antara jadual lawatan beliau pada 15 Februari ialah :
1. Mengadakan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri Perak di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Tanjong Malim bermula jam 9.00 pagi.
2. Menyampaikan amanat kepada semua pemimpin dan masyarakat di Slim River/Tanjung Malim pada jam 2.00 ptg di Dewan Sri Tanjung Majlis Daerah Tanjong Malim di Behrang 2020.
3. Minum petang bersama penduduk Behrang Stesen jam 5.00 petang di Medan Selera Behrang Stesen.
4. Solat Maghrib dan Isyak berjemaah di Masjid Behrang 2020.
5. Perjumpaan tertutup dengan BN Bahagian Tanjong Malim di Dewan Auditorium MDTM pada jam 9.00 malam.
6. 'Program Lepak' bersama rakyat dan rakan Facebook di Restoran Wangsar, Tanjong Malim bermula jam 10.30 malam.
 
Program pada 16 Februari pula ialah :
1. Solat Subuh berjemaah di Masjid Tanjung Malim.
2. Sarapan pagi bersama rakyat di Medan Selera Tanjung Malim.
3. Klinik Dr. Zambry jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari di tempat letak kereta pasar awam Tanjung Malim.
4. Jamuan Rakyat untuk penduduk sekitar Slim River dan kampung dan taman perumahan berdekatan di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Slim River bermula jam 12.30 tengahari.
5. Melawat Hospital Slim River dan ramah mesra bertama kakitangan hospital serta menziarah pesakit di wad kanak-kanak pada jam 2.30 petang.
6. Ramah mesra bersama rakyat di Trolak Pekan dan menziarah 3 buah rumah pada jam 3.30 petang.
7. Klinik bolasepak Dr. Zambry melibatkan 2 pelajar bagi setiap sekolah dalam Parlimen Tanjong Malim bermula jam 2.00-5.00 petang di Padang Awam Slim River.
8. Perlawanan bolasepak Team MB menentang Team Pilihan Slim River/Tanjung Malim di Padang Awam Slim River pada pada jam 5.00 petang.
Barisan Exco Kerajaan Negeri juga mempunyai jadual programnya sendiri di sekitar DUN Behrang sepanjang lawatan kerja MB pada tarikh berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan