Khamis, 12 April 2012

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


HOTEL REGAL LODGE TERBAIK <b>DI IPOH</b> |

Posted: 01 Apr 2012 04:46 AM PDT

Pasti ramai antara korang yang selalu datang ke Ipoh ibu negeri Perak Darul Ridzuan, Tak kiralah untuk melancong ataupun tugas. Mesti ada antara korang yang sukar mencari hotel untuk menjadi tempat penginapan korang. Saya ada satu hotel yang pasti korang akan berpuas hati. Hotel Regal Lodge di Ipoh. Terletak di tengah-tengah bandaraya Ipoh di sebelah Hotel Tower Regency yang juga merupakan hotel lima bintang.

Hotel ini hanya bertaraf tiga bintang. Tetapi perkhidmatan yang diberikan cukup terbaik. Cukuplah dikatakan televisyen di bilik Superiornya sahaja sudah LCD TV berjenama Sharp 32 inci. Memang puas hati. Biasanya di hotel, Mini Bar disediakan tetapi kita perlu bayar untuk dapat menikmati air Coke atau apa jenis pun dengan harga yang mahal. Di hotel ini, ada disediakan dua air tin Coke dan 100 Plus, satu potato chip dan satu Mamee Hot Cup dan ia percuma. Best kan?? Kira Mammee dan air yang disediakan cukup untuk korang kalau bermalam di sini.

Mula-mula menjejakkan kaki ke Regal Lodge saya terpegun dengan susun atur bahagian Receptionya. Apa yang menarik perhatian ialah pakaian seragam staf di Reception yang cukup elegant dan cantik. Macam gaya hotel lima bintang je Hotel Regal Lodge ni.

Inilah ruang Reception Hotel Regal Lodge ini. Pintu kecil di bahagian hadapan ialah laluan ke Restoran Candle Light yang cukup cantik reka bentuknya dengan para waitersnya memakai rantai berlampu biru di dada mereka menghantar makanan di dalam restoran yang gelap itu. Jika korang datang ke Ipoh, Perak eloklah datang dan cuba menginap di sini. Korang takkan menyesal. Di dalam bilik air sudah disiapkan gayung untuk memudahkan pelanggan mencebok apa yang patut. Jika duduk di dalam biliknya tak terasa seperti duduk di atas bangunan tinggi sebaliknya seperti duduk di dalam banglo yang comel sahaja.

Harga bilik Superiornya pada hari minggu juga berpatutan iaitu RM139 tanpa sarapan pagi. Sarapan pagi tu korang bolehlah menjelajah Bandaraya Ipoh untuk mendapatkannya. Lagi best daripada sarapan di hotel. Boleh dikatakan semuanya sama sahaja.

Teh"O"Suam : Kena try ni!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan