Khamis, 12 April 2012

07 di tronoh - Google Blog Search

07 di tronoh - Google Blog Search


Rakyat minta Zambry lawat Dun <b>Tronoh</b> – Perak Today

Posted: 12 Apr 2012 04:35 AM PDT

"Kita bukan datang untuk cari kesalahan wakil rakyat di sini sebaliknya kita mahu bantu rakyat di Tronoh."

Demikian tegas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul ketika mengulas mengenai program lawatan sehari ke DUN Tronoh hari ini.

Tambah Zambry, walaupun Tronoh adalah kawasan yang ditadbir oleh pemimpin Pakatan Rakyat, namun ia tidak bermakna kerajaan Barisan Nasional (BN) akan meminggirkan nasib rakyat di kawasan berkenaan.

"Kita tahu walaupun Tronoh bukan kawasan BN, tapi ia tak bermakna kita akan tinggalkan atau pinggirkan terus kawasan ini.

"Begitu juga dengan kawasan lain,sebenarnya lawatan saya bergantung pada keadaan dan suasana yang mana kita akan tumpukan kepada tempat yang perlukan lebih perhatian seperti di Tronoh," katanya lagi.

Jelas beliau lagi, berdasarkan maklumbalas daripada ahli BN dan pemimpin tempatan, mereka mengsyorkan kepadanya supaya turun ke kawasan berkenaan.

"Saya bukan bermaksud nak bersaing dengan wakil rakyat di sini, itu bukan cara pemimpin BN.

"Kita datang sini untuk selesaikan masalah rakyat, saya tak tahu nak gunakan cara berdemonstrasi dengan memegang sepanduk dan tunjuk kita perlukan itu dan ini," katanya.

Justeru katanya, demi untuk membantu dan menyelesaikan masalah rakyat maka pendekatan sama telah digunapakai walaupun di kawasan pembangkang.

Malah katanya, dengan bantuan pemimpin tempatan yang akan membawa masalah rakyat kepada kerajaan negeri maka adalah lebih elok untuk seorang Menteri Besar turun dan melihat sendiri sejauhmana permasalahan tersebut.

"Atas sebab itu, saya buat keputusan untuk datang dan melihat sendiri serta berjumpa dengan rakyat di sini," katanya.

Zambry berkata demikian kepada pemberita selepas Menyampaikan Surat Tawaran dan Notis 5A kepada Penduduk Setinggan Sri Kantan di SJKC Chung San, dekat Tronoh.

Sehari <b>di</b> Dun <b>Tronoh</b>: Zambry lawat 12 kawasan – Perak Today

Posted: 12 Apr 2012 05:20 AM PDT

Lebih 70 penduduk di sekitar Tronoh mendapat Surat Tawaran dan Notis 5A yang disampaikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir hari ini.

Sempena Program Turun Padang Menteri Besar ke Dun Tronoh, Zambry pada lawatannya ke SJKC Chung San telah menyampaikan 13 daripada surat tawaran berkenaan kepada penduduk setinggan Sri Kantan.

Beliau kemudiannya meneruskan program turun padang untuk merasmikan Dewan Orang Ramai Kampung Nalla sebelum melawat tapak rumah rakyat yang bakal dibina atas keprihatinan Barisan Nasional (BN) Bahagian Batu Gajah.

Selain itu, Zambry juga sempat menyampaikan 51 lagi Surat Tawaran dan Notis 5A kepada penduduk Setinggan di Yik Cheong.

Program tersebut merupakan lawatan ke 11 yang dilaksanakan oleh Zambry pada hari ini.

Selepas menghadiri program berkenaan, Zambry kemudian meneruskan lawatan sehari di DUN Tronoh ke upacara pecah tanah pembinaan gelanggang futsal yang di Siputeh.

Lebih, 1,500 masyarakat di kawasan itu terutama golongan belia tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan detik-detik bersejarah upacara berkenaan yang disempurnakan oleh pemimpin tertinggi negeri.

Dalam majlis berkenaan, Zambry turut lagi menyampaikan Surat Tawaran dan Notis 5A kepada 12 penduduk setinggan Bota.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan