Khamis, 12 April 2012

07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


1200 penduduk dipindahkan akibat banjir <b>di Kampar</b> – Perak Today

Posted: 11 Apr 2012 09:58 PM PDT

    Kira-kira 254 keluarga dari sekitar Kuala Dipang, dekat Kampar dipindahkan ke pusat pemindahan banjir apabila rumah mereka dinaiki air sejak jam 5 pagi tadi.

    Paras air naik sehingga ke paras bumbung dan disifatkan penduduk banjir terburuk sejak 30 tahun lalu.

    Ketika ini, semua mangsa ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampar dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turut melawat mangsa sebentar tadi.

    Pegawai Daerah Kampar, Ismail Hassan, berkata antara kawasan terjejas teruk termasuklah Kampung Kuala Dipang, Kampung Pasir, Kampung Baru Kuala Dipang dan Kampung Nyior.

    Tegasnya, kejadian berpunca limpahan air Sungai Kampar akibat hujan lebat sejak tengah malam tadi dan diburukkan lagi dengan kejadian dua tebing sungai yang pecah.

    Pada sidang media selepas melawat mangsa banjir, Zambry berkata selain Kampar, banjir juga berlaku di kawasan Ijok, dekat Selama selain Daerah Batang Padang.

    "Kita juga menerima laporan kira-kira 300 keluarga di Ijok terpaksa dipindahkan akibat banjir dan masalah sama juga berlaku di Daerah Batang Padang.

    "Di Daerah Kampar pula, kira-kira 1,200 penduduk terpaksa dipindahkan ke dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampar pagi ini selepas rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat yang turun mulai jam 11 malam tadi.

    "Air Sungai Kampar melimpah lalu mengakibatkan rumah penduduk yang terletak di tepi sungai terjejas teruk dengan kejadian banjir yang disifatkan penduduk yang terburuk setakat ini," katanya.

    Kerajaan negeri katanya, melalui Majlis Keselamatan Negeri akan menyalurkan bantuan sewajarnya kepada mangsa yang kebanyakannya tinggal sehelai sepinggang

    Beliau turut mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membaiki segera ban sungai yang pecah bagi mengelak masalah banjir menjadi lebih serius.

    Ditanya samada banjir berpunca daripada kegiatan pembalakan, Zambry berkata, hujan lebat luar biasa merupakan punca yang menyebabkan kejadian banjir di beberapa kawasan di Perak.

DS Zambry Melawat Mangsa banjir <b>Di kampar</b> – Perak Today

Posted: 12 Apr 2012 03:16 AM PDT

DS Zambry Melawat Mangsa Banjir Di Sekitar Kuala Dipang Yang Kini Ditempatkan Di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaaan (SMK) Kampar Selepas Rumah Mereka Dinaiki Air Sejak Awal Pagi Tadi

House PK: BANJIR TERBURUK <b>DI KAMPAR</b> MENDAPAT <b>...</b>

Posted: 12 Apr 2012 07:00 PM PDT

"Ini kejadian banjir paling buruk pernah berlaku di kawasan ini dan saya terpaksa meminta pertolongan jiran untuk menyelamatkan ibu bapa serta abang yang lumpuh apabila paras air semakin naik," demikian kata Alias Mohamad, 49, ketika menceritakan cetik cemas menghadapi banjir yang menenggelamkan rumahnya sehingga ke paras bumbung.

Katanya, khuatir dengan keselamatan kedua-dua orang tuanya, Mohamad Abdul Rauf, 80, dan Yun Megat Din, 76, beliau terpaksa akur untuk memindahkan mereka ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampar bersama abangnya, Nazri Mohamad, 55.

Mereka sekeluarga tinggal di Kampung Kuala Dipang yang terletak tidak jauh dari Sungai Kampar.

"Kira-kira jam 5 pagi, paras air mula naik dan kami sekeluarga terpaksa dipindahkan ke tempat yang lebih selamat," katanya ketika ditemui di tempat kejadian pagi ini.

Alias adalah salah seorang daripada hampir 1,200 mangsa banjir yang terpaksa dipindahkan ke dewan SMK Kampar selepas rumah mereka dinaiki air sehingga ke paras bumbung.

Tinjauan Peraktoday.com di tempat kejadian mendapati, kebanyakan rumah yang terletak berdekatan dengan Sungai Kampar ditenggelami air sehingga ke paras bumbung.

Read more...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan