Selasa, 10 April 2012

07 di kuala sepetang - Google Blog Search

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


Nizartwork: 2-in-1: Bukit Larut - <b>Kuala Sepetang</b>

Posted: 17 Mar 2012 10:28 AM PDT

17 Mac 2012
Lokasi : Taiping dan Matang

Sudah penghujung cuti sekolah, anak masih bertanya mamanya.. kerana dia masih terperuk di rumah. Perancangan yang lama hanya 'last minute preparation'. Hasilnya juga pasti tidak seperti yang digambarkan didalam kepala.

Baik kerja sekolah, kerja di pejabat, berniaga, menyiapkan 'assignment', kenduri kendara.. Tak kan hari ni rendam kacang soya, esok dah nak makan tempenya.. terima saja hasil yang tidak seberapa.

Bunyinya .."Sesudah subuh kita bergerak!" 
Perjalanan kalau diikutkan hanya mengambil masa sejam sahaja daripada rumah ke Bandar Taiping.
10 minit lagi akan masuk jam 9 pagi, baru sampai di kali Bukit Larut . 
Kuda Besi: Land Rover Defender
Kuda besi naik ke Bukit Larut penuh sehingga jam 11.00pagi. 
Keputusan yang perlu dibuat: Antara menunggu lagi dua jam ataupun memanjat? 
Memanjat - perkara yang 'gila', kerana telah hampir 30 tahun tidak menjejak serta memanjat Bukit Larut. 
Ada berpayung atau tongkat menyusuri Bukit Larut.
Panjat juga akhirnya(dengan dukacitanya). mengenangkan kami akan singgah sebentar di Kuala Sepetang, tengahari nanti. Semestinya tidak akan sampai di kemuncak Bukit Larut.
Sekadar melihat dan mendengar Land Rover memecah kesunyian bukit. Sambil kayuh kaki, sambil menikmati udara nyaman lagi dingin. Penat tidak terkata bila baru melintasi papan tanda pertama.
Anak terkejut melihat papan tanda. Lagi 8 kilometer memanjat! Tidak sampai pun ke papan tanda kedua, kami sudah rehat dan berbincang untuk turun. Mereka berdua turun dahulu. Masih sempat lagi menjejak denai air terjun mini. Snap, snap, snap.
Tiba di kaki bukit, sudah jam10.30pagi. Rehat dan sarapan pagi, Meneruskan perjalanan ke Kuala Sepetang(lupakan mee udang banjir). 
12.15 tengahari : Port Weld, melihat akan kilang membuat arang kayu daripada pokok bakau.
Pintu 'gok'(dapor arang kayu). 
Membuang kulit 18 sen sebatang kayu bakau.
Dijadikan kayu api membakar arang.
Proses: Muat 8 tongkang kayu bakau.
35 hari terhasilnya arang.
Diganti kayu api setiap 2 jam.
Sana intai, sini tangkap gambar.
Arang: Siap untuk ditimbang dan dijual.
Sembilan kupang tiga duit(93sen) sekilogram(atas lori).
Bukan kerja Mudah: Waktu Rehat. 
Ada yang berpendapatan RM40 sehari hanya mengangkut keluar arang daripada 'gok'.
Dalam Pembinaan: Asas 'gok'.
Anggaran: Kos pembinaan RM18,000.00
Kira-kira sebulan untuk menyiapkan sebuah dapor arang.  
Dalam pembinaan: Mengikut spesifikasi Jabatan Perhutanan.
Pakar: Dinding dilepa campuran tanah merah hanya dengan tangan! 
Warga kerja: Tempatan dan luar.
U-turn: Persediaan sambutan Hari Perhutanan seDunia 21 Mac 2012
Berakhir dengan singgah sebentar di jeti Kuala Sepetang. Zohor selesai program. Perjalanan program cuti sekolah yang paling singkat(tetapi penuh dengan maklumat dan kawan baru).
Alhamdulillah, makan petang di Changkat Jering. 
Sesuatu yang pasti... baju yang dipakai masih lagi harum berbau arang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan