Selasa, 10 April 2012

07 di trolak - Google Blog Search

07 di trolak - Google Blog Search


Najib Rasmi Bangunan Menara Baru Bukit <b>...</b> - Aku Budak <b>Trolak</b>

Posted: 10 Apr 2012 08:21 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan bangunan yang menjadi lambang modenisasi dan transformasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 205 tahun penubuhan pasukan itu, iaitu Menara 1 Bukit Aman, bernilai RM320 juta, Khamis ini.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf berkata menara itu kini menjadi pusat pentadbiran baru Bukit Aman menggantikan bangunan lama berdekatan dengan menara tersebut.

"Perdana Menteri juga akan menyerahkan cek bantuan Bayaran Saguhati Khas Bekas Polis Zaman Darurat dan merasmikan Pusat Saringan Kesihatan Bukit Aman, di Bukit Aman," katanya kepada Bernama.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor pula akan merasmikan Pusat Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) PDRM di Bukit Aman, katanya.

Ramli berkata Menara 1 Bukit Aman mula dibina pada 3 Mac 2005 di tapak asal tempat meletak kenderaan Bukit Aman yang berkeluasan 1.4 hektar.

Ramli berkata Jabatan Kerja Raya Malaysia bertanggungjawab mereka bentuk bangunan menara setinggi 31 tingkat dengan keluasan lantai 85,000 meter persegi dan seterusnya memantau kerja-kerja pembinaan sehingga siap sepenuhnya pada 21 April 2010.

Beliau berkata pembinaan bangunan Menara 1 adalah untuk menggantikan Kompleks Jabatan Logistik yang ditempatkan di bangunan kayu separa kekal serta memindahkan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam yang sebelum ini berkongsi bangunan dengan Cawangan Khas di Kompleks 3.

Katanya perpindahan ini juga melibatkan Pejabat Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara di Menara 2.

Sementara itu Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Narkotik masih kekal di Menara 2 serta Cawangan Khas di Kompleks 3 Bukit Aman, katanya.

Sumber: BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan