07 di parit buntar - Google Blog Search |
Makhluk Asing (UFO) Muncul <b>Di Parit Buntar</b>, Perak | Terbakor ! Posted: 26 Mar 2012 02:57 AM PDT ![]() Makhluk Asing (UFO) Muncul Di Parit Buntar, PerakSuatu ketika dulu dunia pernah dikejutkan dengan kehadiran objek-objek dari angkasa lepas yakni UFO dan makhluk asing. Bermacam-macam andaian yang pernah dibuat oleh pengkaji-pengkaji angkasa lepas hinggakan ada yang mengatakan bahawa kehadiran makhluk-makhluk ini datang untuk mengkaji struktur bumi yang didiami oleh manusia. Negara kita juga tidak terlepas daripada fenomena tersebut di mana pernah kita digemparkan dengan cerita-cerita kehadiran UFO dan mahluk asing di ruang udara negara kita. Aku sendiri pernah mengalami dan menyaksikan sendiri kehadiran objek tersebut. Kejadian berlaku di kampung aku yang terletak di Parit Buntar Perak. Kejadian berlaku lebih kurang 4 tahun lepas di mana semasa itu aku berada di kampung untuk meraikan majlis khatan sepupu aku, Din Trojan yang berumur 21 tahun. " Boni, malam ni aku nak belanja hang makan. Aku nak bawak hang pi satu kedai ni. Terbaik! Gulai ayam dia superb habaq hang! Memandangkan esok aku nak sunat, jadi malam ni hang teman aku makan ayam puas-puas noo.",ujar Din Trojan sambil menarik tangan aku memasuki perut kereta Satria GTI beliau. Agak terkejut aku apabila berada di dalam kereta beliau. Dalam kelihatan seperti kereta Kancil, tapi luar seperti kereta Satria GTI. Aku pun seraya menyoal Din Trojan. " Kereta kau ni sebenarnya Kancil ke GTI?" " Owh, kereta aku ni sebenaqnya Kancil je bro. Tapi aku make up luaran dia jadi macam Satria GTI. Amacam? Gempak tak bro?",soal Din Trojan kepada aku. Aku bingung seketika. Nak kata samdol, tapi tak sampai hati pula. Lagi-lagi Din Trojan nak belanja aku makan. Terpaksa aku menjadi seorang hipokrit bak seorang pengampu A.K.A kaki kipas bos di sebuah syarikat kerajaan mahupun syarikat swasta. Bermacam-macam pujian aku lemparkan kepada Din Trojan sehinggakan terdengar bunyi spender Din Trojan terkoyak. Wajah Din Trojan berseri-seri. Secara tiba-tiba di sekeliling wajah dan tubuhnya terang seperti disuluh cahaya spotlight. Wajah beliau mengembang apatah lagi lubang hidungnya. Bibirnya terukir satu senyuman lebar hingga terkeluar sedikit senyuman itu dari pipinya. Kelihatan giginya yang kuning berkarat, rongak depan dan taik-taik gigi di celah-celah giginya yang buruk itu. Loya tekak aku. Hilang terus selera aku yang sebentar tadi membuak-buak. Wajah dah kacak. Sekali pandang saling tak tumpah seperti Beto Qushairy. Tapi sayangnya kekacakan itu tidak hadir seiringan dengan personaliti beliau yang memualkan itu. Tidak seperti aku. Beliau patut mencontohi aku. Dah lah wajah terlalu tampan dan seiras Shahrizal Jaszle, personaliti aku pula amat menarik seperti Anuar Zain. Masih " Oi Boni! Hang berangan apa tu?!! Kita dah sampai dah ni! Jom!",teriak Din Trojan lantas menyedarkan aku daripada lamunan sebentar tadi. Dan kami terus bergerak menuju ke dalam perut kedai makan tersebut. Aku dapat melihat kedai tersebut memang dipenuhi orang " Bro! Bagus ke tempat ni? Mesti mahal kan?",soal aku kepada Din Trojan. " Yang bagus tidak selalu mahal, yang mahal tidak selalu bagus." Secara tiba-tiba soalan aku dijawab oleh seorang orang tua yang sedang membaca surat khabar di meja bersebelahan. Kelihatan rambut |
NAMA : BoniURL : HTTP://BONIJLL3.BLOGSPOT.COMSedikit info tentang tuan punya blog:-Seorang yang happy go lucky. Mewujudkan sebuah blog dengan niat untuk menghiburkan kesemua yang membaca, lebih-lebih lagi insan-insan yang dalam kesedihan, kecewa, stress, depress dengan harapan kehadiran blog ini mampu membuatkan mereka-mereka tersenyum dan menjadi ubat dan tonik paling berkesan untuk menghilangkan segala rasa sedih itu. Itulah matlamat utama blog bonijll3.blogspot.com diwujudkan. Bertepatan dengan trademark 'Hidup Untuk Menghidupkan'. Hidup untuk menceria dan menghidupkan kehidupan orang lain. Semoga akan diterima masyarakat yang membacanya dan menjadikan salah satu medium untuk menghilangkan segala kesedihan, kekecewaan, tekanan dan sebagainya. |
![Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...](http://www.linkwithin.com/pixel.png)
You are subscribed to email updates from di parit buntar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan