Selasa, 10 Julai 2012

07 di bagan datoh - Google Blog Search

07 di bagan datoh - Google Blog Search


teganuku: Ajakan Kepada Pengundi <b>Bagan Datoh</b> - Ikut Terengganu <b>...</b>

Posted: 30 Jun 2012 09:31 PM PDT


Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu Datuk Seri Ahmad Said meminta rakyat Perak tidak terpedaya dengan janji manis Pas yang ingin meraih sokongan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan perlu menjadikan Terengganu yang pernah dikuasai parti itu sebagai teladan.

Beliau merujuk keadaan Terengganu pada tahun 1999 ketika di bawah pemerintahan Pas yang tidak menikmati sebarang pembangunan, malah hanya ditabur janji kosong.

"Terengganu telah diperintah Pas pada pilihan raya pertama. Namun tidak ada apa yang dilakukan oleh PAS pada tempoh itu, sebaliknya hanya berbohong, memfitnah dan mengeluarkan fatwa yang sesat sehingga mengelirukan rakyat.

 "Pas ini tidak konsisten, dan pemikirannya sentiasa berubah-ubah.

Setiap kali pilihan raya, mereka hanya mengeluarkan manifesto yang baru, namun tidak menepatinya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Gerak Kerja Jentera PRU-13 Barisan Nasional (BN) Parlimen Bagan Datoh di Bagan Datoh, semalam.

Turut hadir Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Ketua Umno Bahagian Bagan Datoh yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Rungkup Datuk Shaarani Mohamad serta anggota badan perhubungan Umno Bagan Datoh dan Terengganu.

Ahmad Said  berkata segala perancangan PAS merupakan taktik untuk menggugat kepercayaan rakyat pada pilihan raya supaya parti itu dan pakatan pembangkang boleh keluar daripada masalah dalaman mereka ketika ini.

Beliau turut menyeru rakyat Perak agar tidak menyokong dan memberi peluang kepada parti itu merampas kerusi Parlimen dan Dewan Udangan Negeri (DUN) Perak malah terus memberi kepercayaan kepada kepimpinan BN untuk memerintah negara ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datoh, berkata beliau optimis kerusi DUN Hutan Melintang, yang dikuasai calon Parti Keadilan Rakyat S.Kesavan, mampu dirampas berdasarkan gerak kerja pimpinan BN yang komited.

"Segala kesilapan yang pernah kita lakukan sebelum ini akan kita tebus semula. "Saya harap selepas ini kita semua bertekad untuk terus komited dan dapat menyelesaikan segala permasalahan di peringkat akar umbi," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan