Selasa, 10 Julai 2012

07 di kuala sepetang - Google Blog Search

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


BN tepati janji selesaikan masalah rakyat <b>Kuala Sepetang</b> – Perak <b>...</b>

Posted: 09 Jul 2012 07:34 AM PDT

Bersatu teguh, bercerai roboh.

Berkat kerjasama penduduk Kampung Seberang Kuala Sepetang akhirnya membuahkan hasil apabila kerajaan negeri Perak meluluskan peruntukan RM2.7 juta bagi membina jejantas pejalan kaki dan motosikal, sekaligus menepati slogan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Meskipun kawasan itu dikuasai parti pembangkang, kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak pernah lepas tangan dalam membantu serta menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat Kuala Sepetang.

Hari ini, sejarah terlakar apabila penantian lebih 30 tahun penduduk terutamanya yang tinggal di seberang sungai untuk menggunakan jejantas yang baru telah berakhir, semuanya kerana bantuan dan sokongan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurut Zambry, projek itu adalah sebahagian daripada janji kerajaan BN kepada rakyat sejak mengambil tampuk pemerintahan negeri kira-kira tiga tahun lalu.

"Kita (BN) tak tunggu pilihan raya untuk bantu atau tunaikan janji kepada rakyat sebaliknya kita terus berusaha menyelesaikan masalah rakyat Kuala Sepetang seperti isu tapak sekolah Cina dan penduduk setinggan yang tinggal di tanah rizab milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Projek Jejantas Pejalan Kaki dan Motosikal di Kampung Seberang Kuala Sepetang, hari ini.

Projek yang menggunakan teknik DURA itu dijangka siap pada November 2013 dan membabitkan pembinaan jejantas sepanjang 111.9 meter dengan lebar tiga meter.

Ia juga merupakan satu-satunya projek jejantas yang menyeberangi sungai di negeri Perak.

Terdahulu, dalam ucapannya, Zambry meminta penduduk agar tidak mudah termakan hasutan pihak pembangkang yang akan cuba menggagalkan projek itu, sebaliknya memberi kerjasama kepada kontraktor agar ia berjalan lancar dan siap mengikut jadual.

"Kerja pembangkang memang senang ….cucuk rakyat untuk gagalkan projek tapi kita harap rakyat di sini dapat beri kerjasama dan jangan percaya dengan cakap mereka," katanya lagi.

Tegasnya lagi, kemudahan jejantas itu dapat memudahkan perjalanan penduduk dan murid-murid yang bersekolah di pekan Kuala Sepetang.

"Selama ini, penduduk Kampung Seberang Kuala Sepetang menggunakan sampan khas untuk berulang-alik ke pekan.

"Menyedari kesukaran yang dihadapi penduduk, kita akhirnya meluluskan projek jejantas pejalan kaki dan motosikal ini hasil peruntukan kerajaan negeri sendiri.

"Lebih membanggakan teknologi DURA yang diperkenalkan oleh anak tempatan dari Perak ini bukan sahaja dapat menghasilkan binaan jejantas yang kukuh dan tahan lama tetapi juga menjimatkan kos," kata Zambry lagi.

Sementara itu, penduduk Kuala Sepetang yang ditemui Peraktoday.com menyambut baik projek itu yang disifatkan sebagai kena dan tepat pada masanya.

Nelayan, Ho Ah Ba, 60, berkata projek itu dapat memudahkan urusan penduduk untuk berulang-alik ke pekan Kuala Sepetang.

"Saya berasa gembira kerana projek ini akhirnya dapat direalisasikan dengan sokongan dan bantuan kerajaan negeri," katanya.

Ng Chye Hock, pula menegaskan kerajaan BN berjaya menyelesaikan banyak masalah di Kuala Sepetang yang dikuasai wakil rakyat pembangkang.

Katanya, hampir 70 peratus setinggan yang menduduki tanah rizab KTMB sudah mendapat Surat Tawaran 5A daripada kerajaan negeri secara berperingkat-peringkat.

"Saya yakin sokongan rakyat terhadap BN semakin meningkat hasil pelbagai usaha dan pendekatan yang diambil kerajaan dalam membantu dan menyelesaikan masalah mereka," katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan