Selasa, 10 Julai 2012

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


Polis tahan 4 lelaki rampas bas <b>di Ipoh</b> – Perak Today

Posted: 10 Jul 2012 02:44 AM PDT

Polis menahan empat lelaki dipercayai terbabit dalam kes merampas bas milik syarikat Perak Transit Sdn Bhd dan mencederakan pemandu bas berkenaan pada Khamis lalu.

Empat suspek berusia antara 26 dan 28 tahun itu ditahan di depan sebuah restoran di Medan Kidd di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, berkata hasil siasatan awal mendapati motif kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara kedua-dua pihak dan ia tidak membabitkan unsur gangsterisme atau pun samun.

"Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, keempat-empat lelaki itu direman selama tujuh hari sehingga 15 Julai ini bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 pagi, bas berkenaan dilarikan sekumpulan empat lelaki di persimpangan lampu isyarat di Jalan Sultan Yusof pada 5 Julai lalu, selepas membelasah pemandunya, T Manirajah, 50.

Suspek kemudian mengarahkan semua penumpang turun sebelum melarikan bas berkenaan.

Bas itu ditemui tersadai selepas merempuh tiang elektrik berdekatan Kompleks Islam Perak di Jalan Lim Bo Seng, di sini.

- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan