07 di bidor - Google Blog Search |
Galeri Sha Banknote: MATAWANG TIMAH <b>BIDOR</b> NEGERI PERAK. Posted: 01 Aug 2012 10:03 PM PDT Matawang Bongkah Timah Negeri Perak dikenali sebagai BIDOR telah digunakan diawal tahun 1630 - 1850 di Negeri Perak. Matawang Bidor ini digunakan sebagai Medium Pertukaran untuk semua jenis Perdagangan utama di Negeri Perak . Matawang Bidor ini dibuat daripada Timah dituang kedalam acuan yang mempunyai bentuk dan berat piawai yang ditetapkan dalam urusan Perdagangan setempat. Catatan pada tahun1413 yang ditulis oleh Ma Huan seorang Jurubahasa Laksamana Cheng Ho semasa mengikuti Delegasi Laksamana Cheng Ho melawat Perak, menulis bahawa banyak terdapat lombong bijih Timah dinegeri Perak. Sultan telah memiliki lombong tersebut dan mengarahkan bijih timah tersebut dilebur dan dituang menjadikan Bongkah kecil dengan berat 1kati 6 tahil dan bongkah tadi diikat dengan rotan dalam jumlah 10 bongkah dalam satu ikatan kecil dan 40 bongkah dalam satu ikatan besar. Semua urusan pertukaran barang dan Perdagangan di Pelabuhan adalah mengunakan Bongkah Timah tadi yang dikenali sebagi Bidor. [ Linehan ,JMBRAS, jilid ix bhg.1 1931 ]. Dalam Perjanjian Syarikat India Timur Belanda dan Acheh pada tahun 1650 kedua-dua pihak telah bersetuju untuk meneruskan pengunaan duit Bongkah Timah ini dan kadar pertukaran telahpun ditetapkan adalah seperti berikut :- 1 BIDOR [ 2 kati 6 tahil ] = 1/4 Dollar Sepanyol @ 25cents Dollar. Penjajah VOIC Belanda telah mengisytiharkan semua pertukaran barang keperluan dan pertukaran perdagangan hendaklah mengunakan Bidor Timah 2 1/2 kati disemua Negeri Kepulauan Tanah Melayu dan Kepulauan Acheh dengan nilaian bersamaan 25cents Dolar Sepanyol. Pengunaan Matawang Bidor ini beransur-ansur ditamatkan pengunaan mulai sekitar tahun 1850 digantikan dengan duit siling perak Straits Settlements di bawah Jajahan Syarikat British India Timur. Gambar Bidor Perak [ SS40 mukasurat 199 ] Corak Tampok Manggisberat : 944.3gram tinggi : 50mm tapak : 88mmx90mm atas : 41mmx42mm rarity : RRR Gambar Bidor Perak [SS23 mukasurat 194 ] corak tampuk mangisberat 850gram tinggi 38mm tapak 80mmx80mm atas 47mmx47mm rarity RRR Gambar Bidor Perak [ SS27 mukasurat 196 ] corak tampok manggis berat 504gram tinggi 36mm tapak 72mmx74mm atas 35mmx36mm rarity RRR Gambar Bidor Perak [ SS 26 mukasurat 195 ] corak tampok manggis berat 387.5gram tinggi 30mm tapak 52mmx52mm atas 35mmx33mm rarity RRR Gambar Bidor Perak [ SS 34A mukasurat 198 ] corak tampok manggis berat 380gram tinggi 35mm tapak 55mmx56mm atas 30mmx31mm rarity RRR \ Gambar Bidor Perak[ tidak dapat dikenalpasti dikatakan Tampang Johor] Corak pyramic berat 625gram tinggi 32mm tapak 82mmx25mm atas 25mmx25mm rarity diragui Gambar koleksi kesemua 6 Bidor Negeri Perak Bagi siri kedua untuk Matawang bongkah Timah ini Galeri Sha Banknote akan terus memaparkan koleksi Matawang Timah TAMPANG TOPI Negeri Pahang dipaparkan dalam masa terdekat ini. Ahli Numismatik semua diharap dapat sentiasa bersama dengan blog Galeri Sha Banknote. Terima kasih dan Selamat Berpuasa . |
You are subscribed to email updates from di bidor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan