Ahad, 7 Oktober 2012

07 di manjung - Google Blog Search

07 di manjung - Google Blog Search


Loji <b>di Manjung</b> tarik pelabur – Perak Today

Posted: 18 Jul 2011 08:43 PM PDT

BATU GAJAH – Projek terminal dan loji pembekalan gas asli cecair (LNG) yang akan dibangunkan oleh Atigas Technology Sdn Bhd (Atigas) di Manjung menarik beberapa syarikat antarabangsa luar negara untuk melabur di sini.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, pihaknya telah mendapat maklum balas beberapa syarikat industri dari India yang menyatakan minat untuk melabur di Perak.

Menurutnya, minat pelabur asing itu membuktikan usaha yang dibawa Kerajaan Negeri berbaloi malah tepat sekali gus menepis tuduhan pembangkang yang mengatakan projek itu diberi kepada syarikat yang tidak layak.

"Sebelum ini pembangkang kata Kerajaan Negeri akan muflis, tapi kita sebenarnya berjaya tarik ramai pelabur dan kita telah buktikan.

"Saya nak tanya, adakah pelabur luar akan melabur jika mereka tidak yakin dengan kemampuan syarikat yang menguruskan perkara ini.

"Pembangkang sebenarnya tiada kerja lain selain mencari salah Kerajaan Negeri dengan harapan ia akan mempengaruhi sokongan rakyat malah kenyataan mereka sebelum ini hanya mahu mendapatkan publisiti murahan dan memang sudah menjadi perangai mereka," katanya kepada Sinar Harian.

Hamidah berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis, Nga Kor Ming, 19 Jun lalu mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri meluluskan tanah seluas 60 hektar di Segari, Manjung kepada syarikat yang didakwa mempunyai modal sejumlah RM100.

Hamidah berkata, pembangkang turut mempertikaikan projek pelaburan bernilai RM5.8 bilion yang beliau umumkan sebelum ini dan tindakan berkenaan langsung tidak membantu perkembangan ekonomi negeri.

"Saya nak maklumkan, ketika lawatan ke Singapura baru-baru ini, Samsung C&T Corp bertanggungjawab membangunkan sepenuhnya terminal LNG Singapura yang pertama di Pulau Jurong dengan pelaburan kerajaan negara itu sebanyak S$1.5bilion itupun keluasan tangki kita dua kali ganda lebih di Singapura.

"Di Singapura hanya ada dua tangki dan di Manjung bakal ada enam tangki yang sama besar dan ia turut menangkis dakyah pembangkang yang mengatakan pelaburan RM5.8bilion tidak munasabah," katanya.

pabila siap kelak kerajaan dijangka dapat menjimatkan subsidi RM2 bilion setahun kerana Atigas menawarkan harga yang sama dengan gas yang telah disubsidikan kepada pengguna manakala daripada aspek penggunaan, LNG lebih menjimatkan berbanding petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG).

"Kita memantau perjalanannya dan kini segalanya berjalan dengan lancar namun kita sedang berusaha untuk mempercepatkan pembinaannya kerana ia akan menguntungkan negeri Perak dan rakyat.

"Bayangkan jika telah siap dibina, Kerajaan Negeri ekonominya akan meningkat kerana kita mempunyai sumber tenaga yang murah sekali gus menggalakkan kemasukan lebih banyak industri melabur di Perak," katanya.

-SINAR

DAMAI SURIA: Ziarah dan Bual Buku <b>di</b> Sri <b>Manjung</b>

Posted: 26 Sep 2012 08:10 AM PDT


25 Sep, 12. Usai meraikan saudara keluarga saya di Ayer Tawar yang akan berangkat ke Makkah nanti, kami (saya, ibu dan ayah) menyambung perjalanan kami ke Sri Manjung. Di sana kami menziarahi sepupu kami sebelah ayah. Pasangan ini saya panggil Yong Wa dan Yop. Rupa-rupanya ketika kami sampai, mereka baru nak keluar. Ha..tu laa.. kedatangan kami mengejut.. telefonnya pun tidak.. mujur cepat sampai.. kalau tidak melepas jumpa la pulak!

Dari bicara keluarga perbualan kami memasuki dunia buku. Ini semua gara-gara saya apabila terlihat deretan buku berwarna hijau di rak. Rak itu berada di ruang makan.

"Kitab apa yang warna hijau tu Yong Wa?" tanya saya.
"Oh! Mari datang tengok buku apa" balas Yong Wa.

SubhanAllah.. pengkoleksian kitab Tafsir Azhar oleh Hamka segak tersusun di rak. Banyak sungguh buku-buku agama lain terhidang di rak. Saya baru teringat Yong Wa seorang yang minat agama. Beliau rajin menekuni ilmu dan menghadiri kelas pengajian. Yop pula seorang yang bermasyarakat. Orangnya tak lekang dengan keramahannya. Kalau diajak teman berkereta, agaknya tak ngantuk dibuatnya.

"Buku ini kami beli dapat diskaun masa kat Penang" sambung Yop sambil memegang buku sangat tebal berjudul Kisah Para Nabi dan Rasul.

Saya mengiakan sambil menyisip kandungan halamannya. Beberapa buah buku memenuhi di meja kopi. Resensi buku meriah terasa oleh kami sehingga menjengah sebuah ensiklopedia. Ensiklopedia Solat sangat cantik dihadam. Ilmiah dengan info dan berilustrasi! Buku itu terbaru dimilikinya sejak Ramadhan lalu.

Petang itu, kami menguzurkan diri dulu. Ada saudara lagi mahu diziarah di Lekir!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan