Isnin, 15 Oktober 2012

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


Nik Abduh Bertanding <b>Di</b> Bachok Atau Kubang <b>Kerian</b> | Detik <b>...</b>

Posted: 07 Oct 2012 05:40 AM PDT

20121007-203632.jpg

Oleh RAITINI RAHMAN

KOTA BHARU – Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz enggan mengulas lanjut mengenai khabar angin yang mengatakan beliau akan mewakili parti itu pada pilihanraya umum akan datang.

Beliau sebaliknya berkata, soal kerusi parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) serta di mana beliau akan dicalonkan tidak perlu dibincangkan secara umum.

"Jadi calon ini soal sensitif. Baik tak payah sentuh. Orang Pas tak suka. Saya tak nak komen sama ada saya akan bertanding atas tiket kerusi parlimen ataupun DUN," katanya kepada DetikPerubahan.com di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desas-desus yang mengatakan beliau mungkin akan bertanding mewakili Pas kawasan Bachok atau Kubang Kerian.

Pencalonan Nik Abduh mewakili Pas Bachok dikatakan timbul apabila penyandang asal, Nasharuddin Mat Isa dikatakan tidak lagi menjadi pilihan ahli parti dan penyokong Pas Bachok berikutan beberapa isu yang mengaitkan diri beliau sebelum ini.

Sementara itu, nama Nik Abduh juga dikaitkan dengan kerusi Parlimen Kubang Kerian yang disandang oleh Salahuddin Ayob memandangkan penyandang dikatakan akan kembali ke negeri asal Johor sebagai calon Pas di sana.

Persoalan yang timbul sekiranya Nik Abduh mewakili Parlimen Kubang Kerian, bagaimana pula Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang dikatakan akan bertanding di kerusi tersebut.

Nik Abduh sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk bertanding sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya dikehendaki oleh parti.

Anak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu berkata, tidak timbul soal beliau dipilih kerana kedudukannya sebagai anak kepada Nik Aziz kerana percaya parti hanya memilih calon atas dasar kebolehan dan kelayakan mereka.

"Isu kroni adalah isu lama yang sering didendangkan dalam musim pilihan raya sedangkan semua orang tahu sebarang keputusan bergantung kepada parti. Terpulanglah sama ada hendak bersetuju atau tidak," katanya.

Selain Nik Abduh, seorang lagi ahli keluarga Nik Aziz yang turut disebut bakal menjadi calon pada pilihanraya umum akan datang ialah menantu beliau iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Abdul Ariffahmi Ab. Rahman turut disebut-sebut termasuk dalam senarai pendek calon Pas Kelantan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan