Isnin, 15 Oktober 2012

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search


Projek perniagaan <b>Pengkalan Hulu</b>, Perak. Apa cerita??? : Media <b>...</b>

Posted: 30 Jul 2012 04:00 AM PDT

Ni pasal projek pembinaan kompleks perniagaan di sempadan Malaysia/Thailand didaerah Pengkalan Hulu yang dah lama terbengkalai dan masih belum mendapat perhatian dari pihak yang berwajib. Pembangunan kompleks perniagaan ini mampu untuk menjana pendapatan yang lebih bagi penduduk setempat. Mengundang persoalan dimana silapnya projek ini? Kenapa pemantauan yang sepatutnya di lakukan oleh pihak berkuasa tempatan begitu lemah hinggakan projek ini terbengkalai dan masih belum ada tanda2 untuk menyegerakan tindakan susulan supaya ianya membawa manfaat kepada penduduk tempatan.

Projek yang sepatutnya dah lama siap tapi hingga kini masih belum terlaksana hinggakan semak samun pun dah mula kelihatan di pandangan mata. Ni bukan sahaja membawa kerugian di atas sikap kontraktor yang di lantik, malah turut menyakitkan mata pelancong asing yang masuk melalui pintu sempadan di Pengkalan Hulu.

Kenapa kontraktor yang di beri projek ini tidak di paksa untuk melaksanakan projek ini dengan segera? Kenapa sebarang tindakan susulan hingga kini masih belum lagi di ambil bagi mengatasi masalah ini.

Kat bawah ni aku lampirkan bersama beberapa keping gambar untuk tatapan semua dan boleh nilaikan sendiri masalah ini bersama.

Nama pemaju dan kontraktor terpampang kat signboard tu, takkan tak boleh nak teruskan rundingan supaya perlaksanaannya boleh di realisasikan. Takkan di sebabkan pemaju dan kontraktor tu dari kalangan kroni, maka kepentingan penduduk warga Pengkalan Hulu di nafikan hanya demi nak menjaga kepentingan pemaju dan kontraktor yang dah nak melingkup..

Related posts:

Filed Under: Dari MediaPerak

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved