Khamis, 20 Disember 2012

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


Family Day - <b>Bukit Merah</b> Laketown Resort - Story of My Chantique

Posted: 12 Dec 2012 09:12 PM PST

As-salam, 

Aduiii..lg 6 hari dah nak kena submit pre-dissertation report..bley ke siap ni.. huhu..insyaAllah..dengan dugaan laptop buat problem nye, dengan keadaan diri yang sudah terkena sindrom 'malas'..naseb la takde morning sickness teruk2 sangat..alhamdulillah..ya Allah, kuatkan la diri dan hati hambamu ini..aminn..semoga Masha dapat menyelesaikan thesis ini dalam masa yang ditetapkan..

Alamak, sorry..bukan nak membebel dengan masalah Masha, juz nak story pasal last weekend..office InfoTech ada mengadakan program ala2 Family Day dan lebih kepada aktiviti untuk anak2 staff. Theme Program ni namanya : Program Transformasi IT : Merintis Sokongan Komuniti. Bertempat di Bukit Merah Laketown Resort dari 7/12 - 9/12..Memang best sebab dapat bawak family kita sendiri..Masha pon apa lagi musti la bawak hubby je kn..n baby dalam perot..merangkap honeymoon kali ketiga untuk tahun 2012 ni ..hehe..Semua aktiviti air kt Water Park, kitaorang main, tapi yang sukaneka xde la involve kn..hubby je involve..Masha tengok je..sebab doc pesan tak bleh nak lari lompat sangat..

Then the next day ada annual dinner, cabutan bertuah, pertandingan karaoke, pertandingan baby ceria,  pertandingan macam2 la..mostly untuk anak2 staff..Kte yang xde anak lagi ni tengok je la gelagat baby2 diorang..best pon ada..tak sabar nak tunggu baby kuar..hehe..Then the next day ktorang pergi melawat Pulau Orang Utan, melawat haiwan di Eco Park n naik Chairlift ala2 cabel car la..

Masha sebenarnya dah merasa pergi sini dulu2 zaman bujang, so malas nk excited sangat juz nak bagi hubby Masha merasa je la..Satu lagi pertandingan yang Masha masuk secara bersungguh2 ialah explorace..Explorace ni present dia sangat la gempak iaitu TV LCD Phillip 42" n set Home Theater Phillips..huhu..tu yang sangat beria2..naseb la explorace ni xyah nak kena lari2 sangat..Semua participant just kena jawab 14 soalan yang berkisarkan perjalanan peserta dari Rawang ke Bukit Merah..So kena alert la sepanjang perjalanan tu..Tapi maybe bukan rezeki Masha agaknya..melepas la hadiah itu..dan semalam baru pihak ajk emailkan jawapan kepada soalan explorace tu..sangat la tension bila tengok jawapan dia..Masha punya la jawab ikot skema jawapan xde nk bengkok2..serius..Tapi jawapan dia macam jawapan teka-teki pon ada..hehe...xpelah..next time dah tau la jawapan mesti tak logik punya la..So, tengok la soalan dan jawapannya seperti di bawah :



WARNA BIRU JAWAPANNYA DAN MERAH ADALAH KLU NYE  

(Jawapan n Ulasan Masha warna pink)

Soalan 1

 Emak !!!...ayah !!!...kita dah nak sampai. Eh..ada orang asli main bolala. Suku orang asli ape tu !!!.. wow dia skor .. Dimana ni mak.

SEMANGGOL

yang ni memang xlogik sebab semangGOL je ke jwpn dia camtu..Masha jawab kalo ikot logik - Suku Kaum Semai di Tapah, Kampar dan Gopeng, Perak.

Soalan 2.

Pahlawan ini satu-satunya pahlawan yang sampai bila-bila pun tidak akan menggunakan system matriks dalam timbangannya.

PANGLIMA BUKIT GANTANG

yang Masha admit la sebab Masha xtau jawapan dia, ada logik gak jawapan diorang kali ni..Masha jawab Dato Maharajalela

Soalan 3. 

Ish..Ish Ish.  Macam pesta bunga. Ada yang bawa masing-masing dan ada juga yang bawa beramai-ramai..Boleh ke tahan bungatu … 4 jam baru sampai Bukit Merah. Faizol !Kenapa bunga nie makin lama makin kecik ?.Kan aku dah kata tadi.Kaubawak bunga apa tu boleh sampai jadi macam tu ? 

BUNGA TAYAR

Jawapan ni sama dengan Masha jawab – Bunga Tayar makin lama guna makin haus..

Soalan4.

Ramping nya tak dapat ku rangkul

Panjang nya tak dapat ku paut

Cuba juga ku selaminya

Aduh hampIr lemas ku didakapnya

SLIM RIVER

Jawapan ni pon sama dengan Masha jawab – Slim River

Soalan5.

Mari mari mari sokong kami !!!.Apaitu?

 TEMA PROGRAM – TRANSFORMASI IT : MERINTIS SOKONGAN KUMUNITI

Yang ni Masha tak expect jawapannya ini kerana dekat area meja pendaftaran peserta time sampai bukit merah aritu ade meja Save Gaza!!, so Masha pon jawab – Save Gaza!!  

Soalan6.

Hati Hati Memandu. Kenapa pulak?

PAPAN TANDA LEMBU MELINTAS

Jawapan ni pon sama dengan Masha jawab – Papan Tanda Lembu Melintas. Masha siap lukis lagi la gambar signboard tu. 

Soalan7

Orang Perak memang mengenang jasa.Jurumudi  pun mereka abadikan.

TANJUNG MALIM

Tak tau kenapa jawapan dia Tanjung Malim, sedangkan asal usul nama Tjg Malim disebabkan di Tanjung tu ada orang yang alim ulamak, kenapa jawapannya jurumudi plak, sape tau sila habaq kat cheq mai..Masha plak google punye google, memang jumpa nama jurumudi di Perak p la jawab – Juru Mudi. Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar

Soalan8.

Jaga-jaga Kanggaroo nak loncat tu.. Apa yang dibuatnya ?

PAPAN TANDA IKLAN KASUT ( Memadai sebut kasut ) ada dihujung terowong menghala utara

Soalan ni Masha xsure sebab xnampak pon kangaroo..tapi bak kata hubby Shue, dia nampak kilang Kanggaroo Courier otw nk pegi sini..so Masha jawab – Kanggaroo Courier.

Soalan9( 5 point)

A: Hampir sepurnama hamba meredah hutan, lembah, lurah,bukit dan bukau sebelum hamba tiba di  Bukit Merah ini.

B: Pasti tuan hamba kepenatan tu..berehatlah dulu tuan hamba. Sambil-sambil tu sembang-sembanglah laluan-laluan yang tuan hamba tempohi.

LEMBAH BERINGAN/LEMBAH BERNAM/BUKIT TAGAR/BUKUT BERUNTUNG/GUNUNG TEMPURUNG/BUKIT GANTANG ( LIMA SAJA)

Jawapan ni pon sama dengan Masha jawab seperti di atas – Lembah Beringin, Bukit Beruntung, Gunung Tempurung, Bukit Gantang, Bukit Merah

Soalan 10

Amboi..Infotech kalau memilih staf baru bukan main tinggi kelayakannya.Macam nak ambil saintis pulak..Nak cari staf yg betul2 intelek dan mempunyai komitment tinggi agaknya.Tetapi yang peliknya diperingkat UiTM tak kisah pun. Ada jawatanyang memerlukan kelayakan minimum saje.Apajawatan dan kelayakannya?

PENGARAH INFOTECH  / PMR

Kesianlah jawapan dia PMR..dah la Prof Madya plak tu..apejela diorg ni..huhu..masha ni ikot logic sangat..kalo ikotkan position paling rendah kt UiTM ni ialah – Pekerja Awam Gred R1, contohnya Pemandu. Dan kelayakan dia hanya lah perlu tamat darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan dan mahir dalam bidang berkenaan..tu je..huhu..

Soalan 11.( 2 point)

Sebuah landasan keretapi merentasi tasik merah telah dibina oleh British pada tahun 1885. Ianya berkembar dengan laluan kereta kuda bagi memudahkan perjalanan ResidenBritish Sir JWW Birch berulang- alik dari Taiping ke Port Weld (Kuala Sipitang). Tetapi beliau tidak menggunakan laluan kereta kuda tersebut. Kenapa ?

Tiada laluan kuda. Birch di Pasir salak ( semua fakta dalam soalan ini salah. Kenapa pening2 kepala ha ha )

Kalo ikot logic n hasil dari google, memang xde laluan kuda tu, sebab zaman tu diorg guna laluan keretapi je..then Masha jawab – Kerana laluan keretapi digunakan untuk mengangkut bijih timah disamping menjadi laluan perjalan dan perhubungan antara pekerja lombong bijih timah tu..

Soalan 12.

Kasihan sungguh stafInfotech ini.Masa hadapan nya pun tak Nampak apatah lagi masa silamnya.

ZAMANI -   (zaman ini biasa disebut zamanni : bila-bila pun zaman ni

Masha xtau jawapan dia, xtau la plak dia nama orang kn..huhu,,tapi kalo ikot logic Masha jawab– Staf kontrak dan Staf Sementara.

Soalan 13

A: Hurreiii !!!

B: Sukahati Nampak. Macam konfiden je nak dapat tv 42 "

A: Manakan tak nya tadi singgah R&R rawang kenyang betul makan nasi sedap pulak tu

Apa yang si A tu

IKLAN BERAS SUKAHATI ( dilebuhraya dekat R&R Rawang )

Ni pon Masha xtau jawapan dia, malas nak pk dah, Masha pon jawab– Nasi Lemak rm1.20. Sebab nya time berenti kt rnr Rawang tu masha makan nasik lemak sedap ni..hehe..

Soalan 14 

Eh..jangan la lentok kat abang. Tidur je la... kan abang tengah mandu nie...    ekleh !!sikit je tekan dan terbeliak la pulakmatanya ..

 Speed trap/AES

Masha xtau jawapan dia, tapi kalo ikot logic Masha jawab– Tekan break..kan kalo tekan break cket je akan kuar lampu kt belakang keter

Soalan 15 

Di Resort ni pelik sikit. Dia suruh kita rehat lepas tu suruh pegi. 

MESIN URUT GINTEL

Jawapan ni pon sama dengan Masha jawab seperti di atas – Mesin Urut Gintell.

  

So, kesimpulannya xyah la nk logic thinking sangat ye dek non kalo bertemu dengan soalan2 tricky camni..hehe..kelako pon ada..apela Masha ni kn..Masha btol 5 je kot dari 15 soklan..xpela..at least nanti dah bleh tanya orang lain soalan camni la gamak nye kn..hehe..sorry la membebel panjang saangat,,tu je la masha nk story kali ni..bubye...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan