Khamis, 20 Disember 2012

07 di sitiawan - Google Blog Search

07 di sitiawan - Google Blog Search


Anti Jumud: Sekitar Demo bantah AES <b>di</b> masjid <b>Sitiawan</b> dan <b>...</b>

Posted: 09 Nov 2012 07:49 AM PST

Salam semua. Petang tadi dekat masjid Sitiawan Perak sempat aku dan geng-geng turut serta dalam satu demonstrasi yang kononnya ingin mendesak kerajaan memansuhkan sistem perlaksanaan saman AES. Khabarnya demo ini dianjurkan oleh puak-puak pakatan rakyat negeri Perak. Aku tak kisah mereka nak buat demo ke apa ke, sebab kalau benda baik aku pun sokong tak jadi masalah asalkan apa yang nak dibantah itu mendatangkan manfaat kepada rakyat.

Yang peliknya kali ini mereka berkumpul beramai-ramai dekat masjid Sitiawan sebelum berarak ke pejabat Dato Seri Kong Choo Ha yang hanya beberapa meter dari situ bagi menyerahkan memorendum. Kalau hangpa masih ingat, dulu mereka (Pakatan Rakyat) juga dok melalak yang UMNO guna masjid untuk buat demonstrasi . Nampak gaya, air liur yang mereka ludah dah kena batang hidung sendiri. Heheheheh..

Yang teruk lagi, masa aku kat dalam masjid lepas semua selesai mengaminkan doa solat Jumaat ada seorang mamat kat sebelah aku tiba-tiba je bingkas bangung melaungkan takbir. Masa tu rasa nak tercabut jantung sebab suara memang kuat gila. Kalau ya pun sabar sikit dan respekla pada jemaah yang lain sebab bukan semua yang hadir penyokong PAS di masjid tu.

Ni gambar-gambar yang sempat aku rakam semasa demo petang tadi untuk tatapan pembaca setia..














Tiada ulasan:

Catat Ulasan