Khamis, 20 Disember 2012

07 di malim nawar - Google Blog Search

07 di malim nawar - Google Blog Search


Live dari Sidang Dun Perak: Adun <b>Malim Nawar</b> Puji Setinggan Sifar

Posted: 19 Dec 2012 11:17 PM PST

Adun Malim Nawar YB Keshvinder memuji langkah kerajaan dalam program setinggan sifar kerana banyak kampun sudah pun diberi borang 5A.

Adun Malim Nawar memuji langkah kerajaan memberi peruntukkan lebih kepada rumah Ibadat bukan Islam.

Rumah Mampu milik- ada pemaju yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga rumah.

Beliau mencadangkan agar program Rancangan perumahan Awam (RPA) diteruskan untuk memberi peluang kepada penduduk yang kurang berkemampuan.

Adun Malim Nawar mendedahkan sejumlah 500 ekar telah diberikan kepada kononnya kepada individu dari pihak Istana dengan memacak pancang berwarna kuning.

Shafie Nor: Gerakan tanding <b>di</b> Gopeng, <b>Malim Nawar</b>?

Posted: 23 Aug 2012 04:38 PM PDT

IPOH, KHAMIS, 23 Ogos, 201: Parti Gerakan Bahagian Gopeng mempunyai calon boleh menang yang diterima pengundi di Parlimen Gopeng dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Malim Nawar iaitu dua kerusi yang ditandingi MCA sebelum ini.

Kenyataan itu adalah reaksi terhadap laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 14 Ogos lalu bahawa MCA akan bertanding di Parlimen Puchong pada Pilihan Raya Umum Ke-13 iaitu kerusi yang ditandingi Gerakan sejak dua pilihan raya umum lepas.

Ketua Gerakan Bahagian Gopeng, Dr. Lee Chee Peng berkata, sekiranya MCA merasakan calon mereka boleh menang dan mahu bertanding di Puchong, Gerakan juga berpendapat parti itu boleh menawarkan calon boleh menang di beberapa kawasan tertentu yang ditandingi MCA di Perak.

"Gerakan Gopeng tidak menentang hasrat MCA bertanding di Puchong tetapi kami hanya akan bersetuju jika kerusi itu ditukar dengan parti komponen lain dengan persetujuan bersama," katanya kepada pemberita di Wisma Gerakan, di sini hari ini. - UTUSAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan