Khamis, 13 Disember 2012

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


PASPB: <b>PARIT BUNTAR</b>!!! PAS <b>Parit Buntar</b> adakan ibadah korban <b>...</b>

Posted: 28 Oct 2012 12:07 AM PDT

PARIT BUNTAR, 28 Okt. : Seperti tahun-tahun sebelumnya, PAS Parit Buntar telah menganjurkan Program Ibadah Korban bertujuan untuk memenuhi tuntutan agama dan memupuk semangat pengorbanan yang tinggi umat Islam. 
 
Pengarah program Fakhrurazi Haji Khalid berkata, sebanyak sebelas ekor lembu telah dikorbankan pada hari raya kedua di dua tempat berasingan iaitu di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin, Titi Serong dan Markas Tarbiyah Dun Kuala Kurau, Jalan Pantai.
" Bilangan lembu untuk dikorbankan bertambah berbanding tahun lalu kerana semakin ramai yang menyertai ibadah korban anjuran PAS Parit Buntar. 
" Memandangkan ibadah korban ini di adakan di dua tempat berasingan , maka kerja-kerja melapah dan memotong daging dapat dijalankan dengan lebih cepat dan lancar " Katanya
Fakhrurrazi berkata, daging-daging lembu diagihkan kepada fakir miskin dan orang ramai dalam kawasan Dun Titi Serong dan Kuala Kurau
" Urusan pengagihan daging korban juga berjalan lancar, di mana wakil PAS Cawangan datang mengambil daging korban untuk diserahkan kepada fakir miskin di Cawangan masing-masing". 
 
" Selain lembu yang dikorbankan pada hari ini , terdapat beberapa ekor lembu lagi telah diagihkan kepada cawangan PAS untuk dikorbankan di tempat mereka" katanya
Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu menguruskan ibadah korban PAS Kawasan Parit Buntar pada tahun ini
" Petugas-petugas yang terlibat tanpa mengira penat lelah dan habuan, mereka bekerjasama dan bertungkus lumus menyempurnakan ibadah yang amat dituntut ini. 
" Program ibadah korban ini juga merapatkan ukhwah islamiah, program ini juga mampu membangunkan kehidupan masyarakat yang harmoni dan mematuhi arahan agama.
Tambahnya, selain program ibadah korban yang dianjurkan oleh PAS Parit Buntar. Program ibadah korban ini juga dilaksanakan oleh ahli-ahli PAS Cawangan di Markas, Surau dan Masjid tempat masing-masing. 
 
" PAS Parit Buntar sangat mengalu-alukan ibadah korban yang dilakukan oleh PAS Cawangan di tempat masing-masing. 
 
"" Kegigihan ahli dan penyokong PAS di cawangan patut dipuji. Ini salah satu daripada sumbangan khidmat kebajikan kepada umat Islam setempat" katanya
Turut hadir ialah Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Husin yang turut menyembelih dua ekor lembu yang dikorbankan.
Program Ibadah Korban di Titi Serong



Program Ibadah Korban di Kuala Kurau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan