Khamis, 13 Disember 2012

07 di sungkai - Google Blog Search

07 di sungkai - Google Blog Search


Percutian <b>Di</b> Felda Residence Hot Springs Sungai Klah, Perak

Posted: 01 Dec 2012 04:56 PM PST

Sempena cuti sekolah akhir tahun 2012, saya dan suami telah memilih Felda Residence Hot Springs Sungai Klah yang terletak di Sungkai, Perak sebagai destinasi percutian kami sekeluarga. Kami memilih tempat ini kerana tertarik dengan keunikan kolam air panas yang digunakan untuk merebus telur dan ingin membawa anak-anak mandi manda di sana. Maklumat lanjut tentang harga bilik dan pertanyaan lain, sila hubungi :
FELDA RESIDENCE HOT SPRINGS SUNGAI KLAH
36000 Sungkai, Perak, Malaysia

HOT SPRINGS PARK
Waktu Operasi : 8.00 pagi - 7.00 malam

Bayaran Masuk
Dewasa : RM10.00
Kanak-kanak : RM8.00
Warga Emas : RM7.00
OKU : RM2.00 

Untuk mendapatkan petunjuk arah dari tempat anda ke sini, sila click
Felda Residence Hot Springs Sungai Klah 
 


Di sinilah tempat penginapan kami sekeluarga. Disebabkan kami berkunjung ke sini pada waktu cuti sekolah, harga bilik agak mahal juga jika dibandingkan dengan hari-hari biasa. Keadaan di dalam bilik juga amat bersih dan selesa untuk kami berempat.

Boleh tahan juga rasa air panas di sini. Bagi yang membawa beg pakaian atau barang-barang berharga, anda tidak perlu risau untuk meletakkan barangan di dalam almari berkunci yang disediakan berhampiran dengan Kolam Air Panas dan Hot Springs Park.

Di sinilah tempat untuk merebus telur.
Ada  2 bekas telur yang sedang direbus.
Di gerai ini anda boleh membeli makanan dan minuman serta telur yang digunakan untuk merebus. 

Beginilah keadaan Hot Spring Park pada waktu petang sewaktu kami berkunjung ke sana. Sangat selesa kerana tidak ramai orang yang mandi manda. Kami tidak perlu membuat bayaran masuk ke Hot Srings Park ini kerana sudah termasuk sekali di dalam pakej bayaran bilik.

Amir dan Amar seronok dapat bermain air sambil diperhatikan oleh suami.
 
Saya bersama Amir dan Amar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan