Khamis, 13 Disember 2012

07 di tronoh - Google Blog Search

07 di tronoh - Google Blog Search


catatan kembara <b>tronoh</b> nov 2012 - rawatan imantherapy

Posted: 29 Nov 2012 06:25 AM PST

Cuaca tidak menentu di Kuala Lumpur...Tengahari yang cukup panas..petang pula hujan..maka 'jem' sana-sini. Tapi bukan cuaca dan jem yang admin ingin kongsikan. Nak cerita beberapa pengalaman di Tronoh, Perak.
Terdahulu, terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Dr. Abdullah Sani yang sebenarnya menjadi tonggak pergerakan Imantherapy di kawasan Tronoh dan seluruh negeri Perak. Maka perjalanan kami yang terdiri dari admin, UM dan Amir sampai ke "istana" (memang betul-betul istana rumah Dr Sani ni) pada 14 Nov 2012 jam 3.30 pagi. Dr Sani menyambut kami dengan mesra sekali..maklumlah..dah lebih 2 bulan kami tidak berjumpa.
Rupanya beliau sedang sibuk berkemas, kerana isteri dan anak beliau akan berangkat ke Australia pada keesokan harinya. Apa lagi..dah sampai tu kami pun zzzzzzzz...(ketika artikel ini ditulis Dr Sani juga telah berada di Australia...nak halau jin omputeh..hehe)
Dr Sani dan keluarga di Australia
Keesokan paginya, sessi rawatan pertama dimulakan. Masalah apa lagi kalau bukan gangguan saka. Selesai rawatan kami sambung berehat sampai tak sedar Dr Sani keluar menghantar ke Ipoh menghantar isterinya (mereka menaiki bas ekspres ke KLIA). Sedar-sedar admin dapat sms dari Dr Sani yang berbunyi
" Tuan Admin, saya keluar menghantar isteri ke Ipoh.Makan tengahari telah terhidang di meja makan"...
Selesai solat Zuhur kami pun......emm...ada siakap stim, udang dan sotong goreng tepung, sayur campur..tentu anda dapat bayangkan apa nasib makanan tersebut selepas tu kan...Lepas tu apa lagi..kami sambung rehat lah..
Kami bersolat maghrib di Surau Al-Ikhlas, Bandar Universiti. Selesai solat Maghrib UM diberi penghormatan memberikan ceramah perubatan Islam. Walu ringkas namun memberikan impak besar dimana selesai sahaja solat Isyak jemaah surau tidak melepaskan peluang merelakan diri mereka di "scan"..pelbagai reaksi dan riak muka dapat disaksikan. Sorry ye..tiada gambar kenangan (Handpone admin dijangkiti virus..huhu. Ada sapa-sapa nak sponsor handpone baru admin, amat dialu-alukan). Ni je yang sempat diselamatkan.
UM memberikan ceramah Perubatan Islam
Selesai sessi "scan" UM dijemput membuat rawatan di rumah seorang jemaah surau. Isterinya mengalami gangguan jin bertahun lamanya. Alhamdulillah..Allah izinkan kesembuhan kepada pesakit.. dan kami diberikan 2 beg plastik berisi....jeng..jeng...jeng...
   Original Perak mari..
Maka 2 hari ini juga dipenuhi dengan undangan merawat. Alhamdulillah. Pada hari Sabtu pula, atas permintaan Dr Sani juga, maka UM mengongsikan ilmu perubatan kaedah Al-Quran, zikir dan doa dalam Imantherapy kepada beberapa rakan yang benar-benar berminat. Turut hadir saudara Afiq Iqbal yang datang dari Kuala Lumpur selain saudara Khairul, saudara Faizal AF (Ahmad Fadzil sebenarnya) dan Tuan Profesor Zakaria (UTP).
Alhamdulillah...dan InsyaAllah mereka akan membantu mengembangkan Imantherapy di seluruh Perak dan Utara. Dr Sani memaklumkan kepada admin sepatutnya ada 3 lagi rakan-rakan yg sepatutnya ikut serta namun terdapat beberapa halangan.
 Merungkai beberapa persoalan
Dari kiri Dr Sani, Prof Zakaria, Saudara Faizal AF, Admin, UM, Saudara Afiq Iqbal dan Saudara Khairul
Hari yang turut menjadi sejarah kepada UM apabila setelah sekian lama beliau dikunjungi oleh bekas gurunya. Seorang pakar pidato dari Kamunting yang dikenali sebagai Guru Bashid (kami panggil beliau Ustaz Bashid). Setelah beliau sendiri melihat kaedah UM merawat maka ini komen beliau didalam shoutbox blog ini..
" Tahniah Ustaz ucapkan kepada Muhammad Abdullah,pengasas dan guru utama Rawatan Imantehrapy.Ustaz sendiri telah melihat bagaimana pesakit dirawat semasa di Tronoh tempoh hari.
Ustaz didapati kaedah merawat gangguan jiwa dgn pelbagai masalah dhadapi masyarakat hari ini menjadi suatu keperluan dan perlu diperluaskan ke tempat ustaz di Taiping, Kamunting dan seluruh LMS.
Bagi yang mahu belajar kaedah rawatan ini atau mahu berubat sila hubungi saya melalui email gurubashid@yahoo.com. Khusu utk kawasan Larut, Matang dan Selama yang meliputi kawasan utara Perak seperti Kuala Kangsar, Bukit Gantang,Taiping, Selama, Bt Kurau, Bg Serai dan Pt Buntar "..begitulah bunyinya..
Guru Bashid ( 2 dari kiri)
Syukur kehadrat Allah SWT. Perkembangan yang cukup baik di Tronoh. Kami pulang ke KL pada hari Ahad. Terima kasih kepada semua pesakit dan keluarga termasuk satu keluarga yang sudi memasak dan menghantarkan nasi lemak kepada kami seawal jam 7 pagi. Juga kepada para peserta pengijazahan. Tidak lupa kepada Dr Sani dan keluarga.
Admin : Sempat juga admin masak bubur "derian". Amir plak buat kuih "spesel"..sedap plak tu..hehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan