Jumaat, 11 Januari 2013

07 di tronoh - Google Blog Search

07 di tronoh - Google Blog Search


ZAKRI ALI: Mesin Kuda Berleluasa <b>Di Tronoh</b>,Tiada Tindakan Dari <b>...</b>

Posted: 22 Dec 2012 06:15 AM PST


          Masalah mesin kuda di Pekan Tronoh semakin meruncing akibat pertambahan kedai kedai ini tanpa dapat dibendung lagi.
Rata rata pengunjung adalah dari bangsa Melayu dan Islam.Tidak ketinggalan terdapat juga para pelajar turut terlibat sama.
Para pengunjung adalah mereka mereka dari kampung kampung Melayu yang berdekatan dan juga dari kampung kampung melayu dari Bota dan Lambor.
Yang menjadi kehairanan tiada langkah pencegahan yang dibuat oleh pihak berkuasa samada dari pihak Polis ataupun Pihak Kerajaan Tempatan.
Jangan jadikan alasan tiada lapuran dibuat sebagai senjata kenapa tiadanya serbua atau pensitaan dibuat.
Pertambahan kedai mesin slot ini jugu diakibatkan dengan pertambahan lot kedai yang begitu mendadak di Tronoh menyebabkan sewa kedai begitu murah disni.
          Kedai kuda ini nampaknya beroperasi secara terang-terangan.
Biasanya kedai ini mengunakan kod pengiklanan rahsia,namun walaupun begitu sekiranya serbuan hendak dilakukan kedai kedai ini senang sahaja untuk dikenal pasti.
Cuma kaki kaki judi dapat mencari kedai ini dengan mudah.
Kesannya keatas penjudi ini adalah begitu buruk sekali.Akibat judi,mereka kekurangan wang dan tidak mustahil mereka akan menjadi penjenayah untuk mendapatkan wang.
Ada juga pejudi pejudi adalah datang dari golongan peniaga kecil Melayu.Akibat dari ketagihan judi ini menjadikan perniagaan mereka tidak dapat berkembang dan menjadi merosot.
Sekiranya mereka tetap meneruskan aktiviti ini ,tidak mustahil suatu hari nanti perniagaan mereka akan ditutup kerana tidak dapat menyediakan modal pusingan.
Oleh itu hendaklah pihak kerajaan yang ada mengambil langkah yang berkesan untuk menyekat gejala ini.Sekira nya anda tidak mampu.Pakatan Rakyat sentiasa bersedia mengambilalih tugas anda.
Msinc-Pernah tengok seorang teman yang awal awal bulan dah minum air paip sebab dah kehabisan wang gaji akibat bermain kuda ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan