Jumaat, 8 Februari 2013

07 di bota - Google Blog Search

07 di bota - Google Blog Search


Lagi Lagi Lagi..Faktor Kemenangan Pakatan Rakyat <b>Di Bota</b>

Posted: 16 Nov 2012 09:49 PM PST


ii.Strategi Pilihanraya Yang Baik Oleh Pakatan.

                   Pengumuman siapa calun calun yang bertanding lebih awal telah memberikan lebih banyak kelebihan kepada calun calun Pakatan Rakyat.Parti Pas telah menyenaraikan Ustaz Ismi dan Dr Najihah sebagai calun yang mewakili Parlimen Parit dan DUN Belanja.Manakala PKR telah meletakkan Ustaz Zulkifli Ibrahim untuk bertanding bagi kerusi DUN di Bota.Langkah awal ini telah dianggap sebagai satu fenomena baru dalam politik negara.Penyenaraian awal ini telah memberi impak dan implikasi yang besar terhadap corak dan pola pengundian. 


                  Umno masih belum lagi menentukan calon mereka,mungkin Zambry tengah memikir lagi siapa calon yang sesuai untuk Perak Tengah.Kalau tersilap pilih kemungkinan peristiwa hitam BN pada tahun 1999 bakal berulang.Mereka mementingkan 'calon yang boleh menang' untuk PRU 13 ini.Mana mana pemimpin yang ada masalah,boleh lah simpan cita cita dan angan angan mereka untuk jadi Yang Berhormat itu jauh jauh didalam hati atau didalam mimpi.Namun jika dilihat dari gerak geri,bayang bayang kepada Calun Umno itu boleh dibaca.Untuk DUN Belanja besar kemungkinan Dato Zaim akan terus bertanding,walaupun ada cerita cerita beliau akan digugurkan.Tetapi pengaruh Zaim yang besar di DUN Belanja,tidak mungkin Zamby akan mengugurkan beliau kerana ini akan mengakibatkan penyokong beliau akan buat protest dan tunjuk perasan.Manakala untuk Parlimen pula, Y.B Nizar Zakaria akan dikekalkan,berdasarkan rekod beliau yang bersih.Persoalan besar untuk calun DUN Bota.Terdapat beberapa calun yang tersenarai.Silap pertaruhan,BN akan dapat balasannya.
                       Bagi calun PR,masa masa ini amat penting dalam menentukan kaedah berkempen.Untuk calun DUN Bota,beliau telah merangka beberapa program untuk mendekati hati rakyat.Kempen kempen yang dijalankan bukanlah untuk menghentam peribadi lawan.Ininya lebih kepada mendekati hati budi rakyat dan menerangkan langkah langkah yang akan diambil oleh Pakatan Rakyat apabila dapat menawan Putrajaya sambil menyakinkan kepada rakyat bahawa dasar dasar yang digariskan dalam Buku Jingga akan dilaksanakan dengan jayanya.Kempen kempen juga akan berkisar tentang pentingnya melakukan perubahan perubahan untuk kebajikan rakyat.Paling penting ialah untuk memberitahu rakyat bahawa masih banyak yang perlu dilakukan dan masih banyak agenda agenda rakyat yang terpikul di bahu pimpinan Pakatan Rakyat. 

Msinc-Ternanti nanti strategi knock down Pakatan Rakyat Dun Bota yang bakal memberikan pukulan maut kepada UMNO.Difahamkan bahaya  suatu projek besar akan dijalankan dan akan diumumkan sedikit masa lagi didalam Dun Bota.Perancangan ini diandaikan mampu memenangkan Pakatan Rakyat. Apakah projeknya?....tunggu..sampai masa TBO akan umumkan..

                     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan