Jumaat, 8 Februari 2013

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


Lawatan Sambil Belajar ke <b>Bukit Merah</b> Laketown Resort Part I

Posted: 22 Jan 2013 10:13 PM PST

Dah nak jadi cikgu mestilah tak boleh lari dengan tugas untuk adakan lawatan sambil belajar. Belajar lah sangat kan, padahal berjalan ja lebih. Hehe. Lawatan sambil belajar ke Bukit Merah Laketown Resort hanya menerima seramai 5 orang murid iaitu aku sebagai guru pengiring, Shukor Saad, Thomthowi Che Ani, Hasman Musa dan Rozaimi Sabri. Kenapa sikit? Sebab tempat adalah terhad. Hahaha
Pada jam 10.30 pagi, depa berempat mai amek aku depan rumah, menaiki kereta Saga Putih ehsan kak Mat Kot bagi pinjam. Terima kasih kak! Tanpa kereta, tak jadilah lawatan sambil belajar kami nih. Perjalanan terus ke Bukit Merah. Dalam jam 11.45 pagi dah sampai di tol Bukit Merah. Keluar ja tol jumpa kedai makan. Perut dan dan berkeroncong minta diisi. Kenyang perut suka hati, kami terus masuk ke kawasan Bukit Merah Laketown Resort yang hanya mengambil masa dalam 5-10 minit dari kedai makan tadi.


Dah kat situ, kami cari Suria Hotel. Kononnya nak menginap kat situ. Nak amek Studio Room ja kot. Bayangkanlah studio macam mana? Mestila kecik ja kan. Memang dalam web pun cakap maksimum 2 orang ja, tapi kami tegar nak share 5 orang. Hahaha jenuh nak sumbat macatm tin sardin. Konon nak tidoq himpit-himpit, feeling vacation siblings la katakan. Hehehe. Duit takdak tapi nak bercuti jadi macam ni lah! Huhu. Tapi bila ditanya, Suria Hotel tu tutup due to sekarang bukannya pack season. Diorang suggest stay kat hotel apa entah yang harganya lagi mahal. 295 kt per nite. Lepas tu, nak dijadikan cerita masa on the way ke hotel tu kami ternampak banner homestay di Laketown Front Villa. Kami try call dulu nak tanya harga. Rupanya murah ja RM 230. Itupun minta murah lagi kononnya kami ni student mai buat lawatan sini. Hewhew. Pak Haji dan Mak Hajah pemilik homestay tu pun bagi murah. Dapat RM 200. Yeayyyy!! Menjerit lah kami dibuatnya! Dah la murah pastu tak payah nak berhimpit lagi! Awesome gilaaaaa!!!
Dalam jam 2.00 petang dah selesai check in, solat semua kami bergerak ke Bukit Merah Waterpark. Apalagi mandi manda lah uols! Aha tak hengat nih punya seronok. Tapi sebelum tu, kami ke Pulau Orang Utan dan Ecopark dulu. Dah kata lawatan sambil belajar kan. Kena kutip ilmu dulu before main benda lagha nih. Hewhew. Kena naik bot untuk ke Pulau Orang Utan ni dan kami berkongsi bot dengan pelancong dari Jepun. Hai hai my name is Maria Ozawa. (terus kena lempang. hey apa salah i? matilahhhhh) Kami pun feeling lah macam pelancong jugak nih. Sampai di pulau tu, kami semua disambut oleh pekerja sana. Sepanjang di sana, kami diberi pelbagai penerangan oleh pekerja di sana mengenai Orang Utan. Ok la, dapat macam macam ilmu kat sini. Boleh jadi modal nak cerita kat student nanti. Hewhew. Di pulau  tu juga ada jual baju dan souvenir Orang Utan dan semua harga baju and souvenir tu ak an disumbangkan untuk Orang Utan misalnya beli makanan, duit maintenance and so on. Hasman dengan Kur beli baju, aku and the rest hanya mampu tengok ja. Duit hadooo! Setelah hampir 1 jam di sana, kami dibawa ke Eco Park pula.
Eco Park ni pula ala ala macam zoo la. Boleh tengok pelbagai haiwan macam ular, buaya, burung merak, tikus, arnab, ayam serama, ayan hutan, beruang, rusa, memerang, dan segala jenis binatang yang tak pernah tengok. Dan bagi aku sendiri, Eco Park ni lebih berbaloi dari pi zoo. Sebab apa? Sebab binatang di Eco Park ni lebih hidup berbanding di zoo. Burung merak, burung helang dan ayam semua dilepaskan dan boleh bergerak bebas dalam kawasan tu. Kita pun jadi lebih seronok. Ular pun banyak yang bergerak gerak even ular tedung yang aku tengok tu pun boleh panggung kepala dia. Sedangkan kalau di zoo, binatang tu semua nak tengok bergerak sikit pun susah. Kannnn. Tapi di zoo lagi banyak binatang la. 
Habis sesi lawatan di Eco Park, kami naik Chair Lift ke apa entah untuk balik semula ke waterpark. This is awesome. Naik kerusi bergayut. Rasa balik semula ke zaman 15 tahun. Menjerit jerit keriangan dan kegayatan masa naik kerusi gayut nih. Hahaha. Sebab kerusi ni lagi rare dari cable car.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan