Ahad, 17 Februari 2013

07 di ipoh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di ipoh - Google Blog Search


mjhl 2013 : star kejutkan 1mas penang <b>di ipoh</b> - star hockey team

Posted: 26 Jan 2013 07:16 AM PST

MJHL 2013 diteruskan untuk minggu ke tiga. Kali ini STAR berdepan dengan pasukan di tangga ke dua, 1 MAS Penang. STAR perlu menang untuk menghidupkan saki baki peluang muncul naib juara kumpulan 2A. Menentang pasukan yang kaya dengan skill dan kebolehan, adalah perlawanan yang sukar dan tidak mudah.
Namun, STAR sudah bersedia dengan permainan taktikal bagi mengekang kemaraan 1 Mas Penang. Alhamdulillah, taktikal STAR menjadi iaitu bermain dengan membuat "pressing" tinggi menjadi. Pertahanan 1 Mas penang acapkali seakan hilang arah apabila "pressing" dilakukan.
Dalam separuh masa pertama, STAR memperoleh 3 pukulan sudut penalti. Namun ketiga-tiga PC gagal untuk membolosi gawang 1 Mas Penang yang sukar ditembusi. Dan STAR memperoleh jaringan pertama pada minit ke 13 hasil hantaran Zahran Syahmi yang disudahkan oleh Nazrul Naszmi. Separuh masa pertama STAR 1 1 Mas Penang 0.
Memasuki babak ke dua, STAR menukar sedikit taktik permainan dengan membenarkan 1 Mas untuk bergerak ke kawasan 50 mereka. STAR berjaya memperoleh 4 pukulan sudut penalti dalam separuh masa ke dua, namun hanya satu sahaja yang berhasil iaitu pada minit ke 57 hasil jaringan PC oleh Izham Nisya. Dan keputusan kekal 2-0 sehingga wisel penamat dibunyikan.
STAR akan menghadapi perlawanan yang agak berat tetapi menarik pada 31 Januari 2013 nanti iaitu menentang Anderson-PHA Jr. Doakan moga pertembungan yang dianggap kemuncak ini akan memihak kepada STAR.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved