Ahad, 17 Februari 2013

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


MENJADI DIRI KITA SENDIRI: BERCUTI <b>DI</b> Pulau <b>Pangkor</b> (Hari 1)

Posted: 24 Dec 2012 10:16 PM PST


Pada 17 Dis. 2012 (Isnin).
 Pukul 9.00 pagi kami bertolak dari Kuala Lipis. Melalui jalan Koyan-Betau Cameron Highland.  Pukul 11.00 sampai di Ringlet. Belok kiri ke Tapah. Sudah lama tak lalu jalan ini. Banyak tanah runtuh. Namun masih boleh dilalui kereta. Hujan sepanjang jalan.  Pukul 12.00 sampai di Lata Iskandar. Singgah makan bekalan. Nasi dan ikan lampam goreng.  Memang selera makan di tepi air terjun.  Mandi manda ala kadar. Teruskan perjalanan .
Pukul 4.00 petang dah sampai di Teluk Intan. Melawat Menara Condong. Tapi tak dapat masuk.  Isnin tutup.  Menara ini merupakan tangki air pada masa dahulu.  Keihatan 8 tingkat. Sebenarnya 3 tingkat sahaja. Kini sebagai objek  pelancongan.   Kami disapa oleh seorang lelaki Cina menaiki basikal tua. Katanya sambil menghulurkan tangan untuk bersalam " Mudah-mudahan bertambah rezeki.  Boleh lah belanja saya makan mee rebus". Apek  ni beberapa kali berpusing-pusing dengan basikalnya di sekitar  dataran menara condong ini. Sampaikan 3 kali saya bersalam dengannya. 
Di pinggir dataran menara condong, ada banyak gerai makan. Pekena gado-gado di Warong Wak Teni.   Seakan cucur udang. Guna lidi untuk mencucuknya. Sedap.  Seterusnya ambil masa sedikit  cuci mata di Kompleks Menara Condong.  Biasa sahaja. Ala-ala kat Nilai 3. Menariknya kita dapat melihat kecondongan sebenar menara ini jika berdiri di pintu masuk Kompleks ini. Condongnya ke arah kanan. 
Seterusnya bermalam di rumah sepupu di Batu 14 Lekir, Setiawan.  Hajat hati nak ke Bagan Datoh. Namun hari semakin mendung dan gelap.  Lagipun jaraknya agak jauh juga. Negeri Perak memang luas. Negeri yang masih belum habis sayab teroka.  Biasa pergi ke Tanjung Malim,Bagan Serai dan Taiping sahaja.  Selalu kita ke utara melalui lebuhraya PLUS.  Oleh itu bandar-bandar di negeri Perak agak kurang diberi perhatian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan