Selasa, 5 Februari 2013

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


Sealife Travel &Tours Sdn.Bhd.: Day Trip <b>Kuala Kangsar</b>

Posted: 26 Dec 2012 06:47 AM PST

Salam Sejahtera dari kami di Sealife Travel & Tours Sdn Bhd.....!!!!!

Melihat pelancong "Mat Salleh" dan "Minah Salleh" yang kelihatan terpinga-pinga sambil memegang peta Kuala Kangsar membuatkan saya terpanggil menyediakan pakej  "Day Trip" ini. Diharapkan usaha saya yang tidak seberapa ini mampu mengisi kekosongan tanggungjawab sosial yang saya rasakan perlu.

Kuala Kangsar bukan hanya berkisar tempat-tempat yang menarik yang perlu dilawati tetapi lebih dari itu. Mendalami kehidupan harian masyarakat di sini mungkin lebih memberi makna terhadap percutian anda. Masyarakat yang majoritinya melayu amat bersopan santun dan mudah bergaul dengan kaum-kaum yang lain. Orang-orang disini amat membantu dan friendly.....tetapi pelancong-pelancong memerlukan lebih dari itu. Apa yang saya maksudkan adalah "hospitality"...pengalaman bercuti dan melancong..membuatkan saya berasakan "HOSPITALITY" merupakan nadi pelancongan....cara layanan amat perlu dititikberatkan. Saya agak sedikit kecewa bila kakitangan di sebuah resort tempatan kelihatan "blur" dan tak tahu apa nak jawab bila penginap di resort itu bertanya apa yang menarik dan tempat menarik di Kuala Kangsar ini. Jawapan staff tersebut amat mengecewakan...."tak tahu la bang!!!!"....nasib baik lah flyers yang saya bekalkan dapat membantu.

Nak di jadikan cerita tetamu di resort tersebut membuat panggilan telefon ke nombor pembantu saya untuk bertanyakan "Day Trip Kuala Kangsar"...dari pertuturannya tergambar rasa teruja untuk melihat lebih dalam lagi keistimewaan Bandar Diraja ini. Seperti yang dijanjikan tepat jam 9.15am saya dan Amy sampai di resort tersebut. Setelah bersedia kami menuju ke Simpang Lawin untuk sarapan pagi. Alhamdulillah, habis licin makanan yang dipesan..petandanya sedap!!!!...credit saya berikan pada pengusaha kedai makan tersebut. Seterusnya kami memulakan perjalanan kami ke MCKK. Tetamu kagum melihat bangunan utama yang tersergam indah. Berhenti dan sesi fotografi. Tidak jauh dari situ terdapat pokok getah tertua di Malaysia. Sejarahnya ada 9 anak pokok yang di bawa tapi hanya satu sahaja yang hidup...dan sekarang masih hidup subur bersebelahan bangunan Pejabat Tanah & Daerah.

Cuaca cukup nyaman pagi ini. Destinasi kami seterusnya adalah ke Masjid Ubudiah...antara masjid yang terindah di negara kita ini....terasa bangga bila melihat paratetamu kami terpegun melihat senibinanya yang unik. Mengikut sejarahnya, masjid ini di bini oleh Sultan Idris bagi membayar nazar setelah baginda sihat dari penyakitnya. Pembinaannya terhenti bila mana 2 ekor gajah baginda iaitu Kulup Chandan dan Kulup Gangga bergaduh hingga batu marmar yang dibawa dari Itali itu pecah dipijak gajah tersebut sepanjang pertarung sengit itu.......

Untuk mengetahui lebih banyak cerita-cerita dan tempat-tempat menarik di Kuala Kangsar ini sila hubungi kami. Insyallah kami akan membawa Kuala kangsar kepada anda dari sudut penduduk tetap yang lahir, membesar dan hidup di sini....lebih raw!!!!....lebih telus......lebih interesting...!!!...lebih KUALE!!!!

Moh kite Kuale Yeop!!!!..kite bawok Yong sekali...!!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved