Selasa, 5 Februari 2013

07 di malim nawar - Google Blog Search

07 di malim nawar - Google Blog Search


Keshvinder dicabar hadir <b>di Malim Nawar</b> esok - Free Malaysia Today

Posted: 18 Jun 2010 01:40 AM PDT

ngeh Oleh Qayum Rahman

PETALING JAYA: Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham mencabar Adun Malim Nawar Keshvinder Singh hadir di pasar pagi Malim Nawar esok bagi bersemuka bersama pemimpin DAP dan juga rakyat untuk menjelaskan tindakan beliau meninggalkan parti DAP.

Menurutnya, Keshvinder dicabar berhadapan rakyat bagi menjelaskan isu mengapa beliau meninggalkan parti supaya rakyat mengetahui kebenaran tanpa berselindung.

Ngeh berkata, tindakan Keshvinder meninggalkan parti langsung tidak menjejaskan DAP tetapi DAP tetap menyaman beliau selepas bermesyuarat pada 21 Jun ini kerana melanggar perjanjian menjadi seorang wakil rakyat dalam DAP.

"Rakyat Malim Nawar perlu tahu mengapa wakil rakyat mereka lari meninggalkan parti tanpa penjelasan. Jika dia (Keshvinder) berani, datang esok di pasar Malim Nawar untuk bersemuka," katanya ketika dihubungi wartawan Free Malaysia Today, hari ini.

Beliau berkata, jika Keshvinder gagal hadir esok, jelas menunjukan bahawa beliau adalahJun 14 - Keshvinder seorang Adun yang tidak bertanggungjawab kepada rakyat dan juga seorang pengecut.

"Kalau dia benar, dia mesti datang kepada rakyat yang telah menyokong dia hingga dia jadi Adun. Kita nak lihat bagaimana kejujuran dia pada rakyat di Malim Nawar yang ingin mengetahui kisah dia sendiri," katanya.

Tambah beliau, DAP telah menubuhkan jawatankuasa khidmat yang diketuai oleh Chin Fook Chy untuk membantu rakyat di Malim Nawar yang memerlukan bantuan.

"Kita dah tahu Keshvinder tidak bertanggungjawab, jadi kita tubuhkan segera jawatankuasa baru untuk membantu kawasan Malim Nawar.

"Bagaimanapun kita tetap menjalankan tanggungjawab kepada rakyat di Malim Nawar, walaupun Adun tidak bertanggungjawab itu meninggalkan parti," jelasnya.

Helikopter terhempas dan terbakar <b>di Malim Nawar</b> | bLOg aChOY

Posted: 14 Dec 2010 07:54 PM PST

                             (gambar dari koleksi saya , beberapa minit selepas kejadian)
saya ada gambar yg lain lagi, tapi biarlah satu je saya upload, sebab yg lain memang menyayat hati untuk ditatap.

KAMPAR 14 Dis. - Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor maut selepas helikopter Robinson 44 (R-44) yang dipandunya secara solo terhempas dan terbakar di sebuah bekas lombong di Malim Nawar, hari ini.

Nahas yang berlaku berhampiran Estet Liang Kee di sini, pukul 2.15 petang itu, mengakibatkan Mohd. Sukri Osman, 31, mati di tempat kejadian apabila sebahagian tubuhnya dari paras pinggang ke atas melecur.

Pemangku Ketua Polis negeri, Datuk Zakaria Yusof berkata, mangsa adalah antara salah seorang daripada lapan pegawai polis yang menjalani latihan di syarikat penerbangan swasta, Integrated Training and Services Sdn. Bhd., selama enam bulan sejak September lalu.

Menurutnya, mangsa yang berasal dari Permatang Tok Gelam, Kepala Batas, Pulau Pinang, sedang melakukan latihan pendaratan tempur secara solo dari pusat latihan penerbangan itu berpangkalan di Ipoh.

"Saya difahamkan Mohd. Sukri merupakan seorang pemandu helikopter berpengalaman kerana telah melakukan 35 jam penerbangan.

"Helikopter dipandu mangsa dikatakan mengalami masalah mekanikal. Polis menyerahkan kes itu kepada DCA (Jabatan Penerbangan Awam) untuk siasatan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Sukri meninggalkan seorang anak dan isteri. Mayatnya dihantar ke Hospital Kampar untuk dibedah siasat.

                                            gambar dari utusan

Dalam pada itu, seorang saksi, P. Chandrasegaran, 51, berkata, helikopter tersebut dilihat terbang rendah di kawasan bekas lombong berkenaan sebelum jatuh terhempas.

"Semasa kejadian saya sedang memandu lori membawa muatan pasir untuk dibawa keluar dari kawasan ini.

"Sebaik sahaja terhempas, helikopter itu terpelanting sejauh kira-kira 10 meter sebelum meletup dan terbakar," katanya.

Chandrasegaran yang terkejut melihat kejadian tersebut segera memaklumkannya kepada Balai Polis Malim Nawar berhampiran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan