Selasa, 5 Februari 2013

07 di tambun - Google Blog Search

07 di tambun - Google Blog Search


! Diari Samprit Ungu!: Lost World Of <b>Tambun</b>, Perak...

Posted: 23 Jan 2013 08:04 PM PST


Salam,

Hehe alhamdulillah, seperti yang aq katakan dalam entry sebelum nie aq dan kawan-kawan kelas akan pergi ke Lost World of Tambun. Entry kali nie aq nak share dan coretkan sebagai suatu kenangan terindah aq bersama kawan-kawan di POLIMAS... 19 Januari 2013 kami semua selamat tiba di sana... Ingatkan tak jadi dah plan aq dengan kawan-kawan nie.. tapi alhamdulillah tercapai jugak seperti apa yang dirancang. Perjalanan dari Jitra ke Tambun lebih kurang 3 jam jugak la... Tahniah kepada Abang Lee yang dah selamat memandu kami ke sana... Hahaha so dalam perjalanan nie sempat la snap beberapa gambar.. Jom layan sikit.... hehe


Kami bertolak dari Jitra dalam pukul 9.00 pagi selepas semua orang berkumpul di rumah sewa aq, cuma 9 orang je yang dapat join ke Tambun nie... Razali(Lee), Joeherre(Joe), Hafizi(Nyok), Zulfiqar(Pak Chong), Yasmin(Min), Amira(Miera), Zalina(Mama/MakCik), Kamila dan aq. Kalau ramai lagi dapat join mesti lagi enjoy la.. Kebetulan hari tu tak ramai sangat dekat sana so memang enjoy la nak mandi dan main game kat dalam tu... 12.00 tengahari kami sampai dekat sana... memang rasa penat jugak la walaupun bukan aq yang drive, haha sampai je kat sana sesi bergambar dulu sementara nak beli tiket...


Tiket aq tak sure diaorg booking online ke atau terus beli kat kaunter je... untuk pengetahuan harga tiket untuk dewasa adalah RM45 dan bagi kanak-kanak, harga tiket yang dikenakan adalah RM38... Dah makin mahal dah tapi mungkin sebab dah macam-macam perubahan dalam tu, dengan harimaunya, buaya, dan macam-macam lagi la haiwan yang ada.. So bila datang sini bukan sahaja kita dapat enjoy dengan mandi manda tapi dapat menikmati persekitaran yang tenang dan haiwan-haiwan yang terdapat di situ... 

Oleh disebabkan kami semua nak mandi manda so risau jugak wallet, handphone dan kamera nak ditinggalkan macam tu je... tapi jangan risau sebab dekat sini ada disediakan locker untuk kita simpan barang-barang berharga... Cuma bayaran RM10 sahaja dikenakan untuk 1 locker... So boleh la nak mandi dengan tenang tanpa memikirkan barang-barang penting yang ditinggalkan... Locker nie menggunakan password key yang kita masukkan dan kita boleh guna berulang kali sehingga kita balik... Aq pun confused pada mulanya, tapi lepas pekerja kat situ dah bagi penerangan baru la faham...

Memang ceria habis la mandi manda hari tu sampai tak sedar masa berlalu... Sambil mandi-manda tu rugi pulak kalau tak bergambar sebagai kenangan kan?? Hehe jom tengok gambar masa mandi manda pulak...


Masa mandi jugak aq tak lepaskan peluang untuk try la gelongsor tu.. hahaha aq nie jenis gayat so memang takut la jugak. tapi perasaan nak cuba tu yang buatkan hilang rasa takut tu, so aq dan Joe cuba la... Memang best dan enjoy walaupun macam nak tercabut je jantung nie... Laju betul... Oh ye kalau gambar anda diambil anda akan dipakaikan dengan gelang berwarna pink... Aq ada la dapat 3 tapi malas la nak ambil gambar-gambar tu... Konfirm muka lawak giler.. haha pastikan juga anda pakai seluar yang yang tidak berzip ye kalau tak jadi macam awek-awek yang 3 orang tu la, tak dapat nak cuba gelongsor tu... Serius best... Nyok dan Lee ada cuba game kapal macam dalam gambar kat bawah nie... So diaorang ada suggest dekat aq dan kawan-kawan yang lain, tapi cuma Mama, Kamila, Miera dan Joe je yang cuba... Aq dah pening masa tu sebab cuaca panas sangat... So aq cuma snap gambar diaorang je... Tengok pun aq dah pening dah dan hasilnya Miera muntah terus bila naik benda tu... Hehe nasib aq tak join sama...


Dah penat bermain air dan game dekat situ so masing-masing dah rasa lapar.. So kitaorang semua plan untuk salin pakaian dan jalan-jalan dekat zoo dalam Lost World tu... Perkara paling spoil aq punya mood hari tu camera la punya pasal... aq tak sangka bateri boleh kong pulak time tu.. Sebab malam sebelum pergi ke Tambun tu aq dah check penuh je bateri kamera tu sebab balik dari Krabi hari tu aq dah cas dan tak guna sangat pun.. Last last lepas snap gambar sampan tu terus "Please release shutter, Recharge bateri"... haha bengang abes la aq time tu... Nasib la kawan-kawan pun ada bawak kamera diaorang so aq jadi model je la hari tu... haha orang je ambil gambar kita kan?? So bila semua dah siap salin baju, aq pergi settlekan barang-barang dekat locker dan terus kitaorang berjalan ke zoo, sambil-sambil tu sempat la snap-snap... hahaha


haha banyak kan gambar yang kitaorang snap.. 3 camera digital, dan 2 camera fon... gambar-gambar nie pun setelah ditapis untuk kali ke-3 baru aq upload dekat sini... selesai lawatan di zoo, kami meneruskan aktiviti berjalan kami ke tempat seterusnya iaitu gua ape ntah, aq tak ingat nama dia... gua nie dekat je dengan tempat harimau tu... dalam gua nie tak ada yang menarik sangat... cuma batu dan ada air yang mengalir dari batu-batu tu..


Sedar tak sedar hampir sejam jugak la kitaorang berjalan-jalan dekat dalam tu, enjoy sangat sampai tak sedar masa berlalu begitu cepat... dah selesai aktiviti dekat gua tu, kita berjalan lagi tengok kucing hutan dan berjalan sehingga ke tempat kapal tadi sebelum menuju ke pintu masuk untuk pulang...


Dan sesi bergambar yang terakhir kitaorang di pintu masuk semula... kat sini ada la gambar yang diambil oleh pekerja disini untuk dijadikan kenangan kami bersama... Gambar terakhir yang dibawah nie adalah gambar yang aq scan dari gambar yang telah dicuci... 19 Januari adalah memori terindah buat kami semua... Hari yang penuh gelak tawa dan keceriaan kami bersama... Semoga dapat ulangi saat ini nanti ye kawan-kawan.. Love you all... Hahaha sorry kalau entry kali nie agak membosankan.. banyak sangat gambar.... Thanks for reading... 


(p/s: banyak pulak gambar aq dan cik kamila nie, jangan salah faham, she is not my special girlfriend but a good friend... My love just for u Lia A.K.A Nur Amalina... ^_^ )

Sekian!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan