Sabtu, 2 Februari 2013

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


Perak lemas <b>di Lumut</b>

Posted: 15 Jan 2013 05:30 PM PST

Astro Liga Super 300x300Perak lemas di Stadium TLDM, Lumut apabila tersungkur kepada Felda United 0-1 dalam aksi Liga Super malam tadi.

Kekalahan tersebut merupakan kekalahan kedua berturut-turut setelah tumpas 0-1 kepada Johor Darul Takzim, Jumaat lalu.

Perak turun beraksi tanpa dua tonggak utama benteng pertahanan, Khairi Kiman dan Mohd Hisyamuddin Shaari kerana menerima kad merah di Johor Bharu.

Oleh itu, jurulatih, Azraai Khor Abdullah menyenaraikan dua pemain muda, Mohd Nasir Basharudin dan Mohd Syazwan Roslan bagi menggantikan kedua-dua tonggak utama tersebut.

Nasir dan Syazwan digandingkan dengan Rafael Souza dan Mohd Shahrom Abdul Kalam bagi mengawal gawang Perak yang diterajui oleh Farizal Marlias.

Pemain muda, Mohd Haizal Faquan turut diturunkan di bahagian tengah bersama M. Sivakumar dan Muhd Nazri Kamal.

Abdul Hadi Yahaya bersama-sama Azlan Ismail dan Yong Kuong Yong menerajui jentera serangan Perak.

Perak nyaris mendahului pasukan pelawat tetapi dua cubaan berbahaya oleh Hadi gagal menepati sasaran.

Tiba-tiba Felda United melakukan kejutan apabila Azmizi Aziz merembat masuk bola yang muntah daripada tangkapan Farizal pada minit ke-40.

Separuh masa kedua, jentera serangan Perak masih gagal memecah benteng pertahanan Felda United bagi mendapatkan gol penyamaan.

Azraai memasukkan Mohd Failee Ghazali bagi menggantikan Nazri dalam usaha mempertajamkan jentera serangan tetapi masih gagal menemui sentuhan gol.

Pemain Piala Presiden, Khairul Asyraf dimasukkan menggantikan Kuong Yong juga gagal mengubah kedudukan sehingga tamat perlawanan.

Artikel asal di PerakNews.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan