Ahad, 3 Februari 2013

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


Parit Buntar REBELS: Pas bayar kaum india/cina <b>di Parit Buntar</b>?

Posted: 23 Jan 2013 02:31 PM PST


''Pas kasi duit kita undi la'' Ini yang dikatakan oleh kaum india di parit buntar kisah yang berlaku pada PRU12 dengan taktik melipat bahagian dalam ke luar bagi menampakkan apa yang diundi oleh mereka bagi memastikan mereka mengundi Pas .Antara taktik yang didedahkan kepada kami iaitu menunjukkan syarat jari kepada wakil Pas disitu untuk kepastian benar-benar mengundi mereka.Tujuan utama mereka ini hanyalah bertanyakan kerja-kerja untuk pilihanraya seperti memasang bendera dan sebagainya.tetapi melalut hingga cerita pengalaman mereka semasa mengundi.

''Cina pun sama kalau u tak percaya u tanya Azhar'' itu yang mereka katakan bagi mengukuhkan lagi kata.Siapa azhar ni?Bila ditanya siapa Azhar meraka hanya menjawab 'orang pas' sahaja tidak kenal lebih.Sejauh mana cerita mereka ini benar?Apakah sindrom Pas 2009 juga disini?Kemungkinan berlaku atau fitnah dari mereka semata?Jika difikirkan balik fenomena meriah sekali dimana kaum india meraikan kemenangan Pas di Parit Buntar pada PRU12 lalu dengan membawa bendera,menari ditepi jalan bersama tin beer dan yang paling #Pbr hairan laungan ''Takbir'' ''Allahhuakbar'' tidak putus-putus diiringi muzik mereka.Kenapa mereka sangat menggila dengan kemenangan Pas? Ini Fenomena pelik.Tiada pun salah seorang dari mereka ini masuk islam.Benar tidak salah itu hak mereka.Nak ditegur nanti dikata orang umno.tak mengapa biarkan.(Cerita mereka ini boleh dirujuk kepada masyarakat taman kerian tambahan berdekatan pusat bandar,mereka tahu perkara ini.)

#Pbr tidaklah mengungkit atau mempertikai kemenangan Pas pada PRU12 di PARIT BUNTAR yang majoriti tinggi mengalahkan BN tetapi #Pbr ingin memesan agar urusan Pilihanraya ke 13 ini WAJIB telus WAJIB jujur WAJIB tiada RASUAH sama sekali.Pilihanraya di Parit Buntar harus telus bagi ketepatan kita memilih pemimpin.Kepercayaan rakyat kepada kepimpinan sesuatu parti ia bukan bernilai RM10 atau RM50 harganya,nilai undi ini sangat tinggi kerana masyarakat WAJIB merasa kesejahteraan yang dijuang oleh kepimpinan mereka.Ini soal kepercayaan jika sesuatu kepercayaan itu dibeli atau dibayar bagi mendapatkan kepercayaan itu namanya RASUAH.Sungguh keji jika ini benar-benar berlaku di Parit Buntar semasa PRU12 yang lalu.Kepada yang pernah menerima bayaran untuk patuh mengundi sesuatu parti dengan arahan sesungguhnya kamu adalah pengkhianat.

''ANDA SUNGGUH KEJI DAN HINA'' 

"你的刻苦努力辱骂性的和微不足道''

'' உங்கள் தவறான மற்றும் முக்கியமற்ற''

Tiada ulasan:

Catat Ulasan