Ahad, 3 Mac 2013

07 di bota - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di bota - Google Blog Search


Telok Bakong Online: Calon Pakatan Rakyat Boleh Menang <b>Di Bota</b>

Posted: 08 Nov 2012 05:55 PM PST


                          Pelbagai spekulasi telah dibuat untuk meramalkan suasana politik di Perak Tengah.segala gala ramalan telah dibuat dan menimbulkan tandatanya penduduk setempat.Kawasan DUN Bota telah dilanda seribu persoalan dan pelbagai pertanyaan yang masih belum terjawab.Untuk pengetahuan umum, pengundi dalam Parlimen Parit memang dikenali cukup terbuka dan sentiasa bersedia bukan menukar selera sekiranya ada yang tidak kena kepada mereka atau memcabar maruah diri.Orang daerah ini sangup berkorban apa sahaja jikaianya melibatkan hargadiri dan prinsip diri.Dalam tahun tahun 50 dan 60an,bangsa asing agak khuatir untuk masuk kedaerah ini kerana berlakunya beberapa peristiwa berdarah dalam keadaan dimana penduduk tempatan perlu mempertahankan agama dan keluarga mereka.Mereka telah melalui perbagai jenis penderitaan dan kesusahan.Semuanya ditempuhi dengan sabar dan penuh kerelaan
                        Penduduk Bota boleh berubah dan akan berubah pada PRU 13 ini,berdasarkan beberapa faktor yang logik dan boleh diterima pakai.Antara sebab yang utama ialah perpecahan yang berlaku didalam Umno itu sendiri. Seperti  yang kita tahu Umno memang tidak pernah bersatu.Saat perpaduan penuh Umno ialah disaat ianya ditubuhkan dan disaat ianya dibubarkan.Dalam Umno Parit, pemimpin mereka sering berebut rebut untuk memegang jawatan.Sebab itulah semasa PemilihanUmno,politik wang berleluasa.Wang bagai udara yang disedut,ianya bertukartangan begitu mudah.
                        Keadaan ini menerangkan mengapa berlaku pertarungan yang begitu sengit untuk merebut tempat menjadi perwakilan ke Bahagian.Budaya rasuah ini sebenarnya telah bermula dari peringkat cawangan lagi.Ianya kian hebat di Peringkat Bahagian dan seterusnya di peringkat Pusat.Kita akandapati mana mana calon yang mempunyai kuasa wang akan senang memperolehi kemenangan.Kita perhatikan anak cucu Tan Sri Noah sentiasa akan menang dalam setiap pencalonan yang ditandingi oleh mereka.Ini adalah kerana mereka mempunyai peruntukan dana yang besar untukdiberikan pada perwakilan-perwakilan yang telahdi pilih pada peringkat Bahagian.
DUN Bota mempunyai Jumlah Pengundi: sebanyak 14,389, Peratusan Kaum: M: 98.79% C: 0.28% I: 0.9% L: 0.03% (Data PRU 12).Untuk Keputusan PRU 12 adalah seperti dibawah:-
Dato Nasarudin Hashim (6556 undi)
Tuan Haji Usailli Alias (4488 undi)
Akan Bersambung dibahagian kedua.

Msinc-Belajar dari pengalaman dan ilmu.bagai lampu penyuluh hidup dalam kegelapan.

Telok Bakong Online: DUN <b>BOTA</b> JADI TUAN RUMAH..HIMPUNAN <b>...</b>

Posted: 12 Dec 2012 04:14 PM PST

Himpunan kebangkitan rakyat 16 Disember 2012 akan diadakan di Bandar Seri Iskandar,Bota,Perak.Sebelum ini diadakan di Batu Pahat Johor.Himpunan kebangkitan Rakyat ini dianjur oleh Parti-parti kompenan PAKATAN RAKYAT dengan kerjasama dari beberapa NGO-NGO yg lain.

Konvoi kereta dan motorsikal dari setiap daerah-daerah di dalam negeri Perak yg bermula dari daerah masing-masing  dan berakhirnya di tempat himpunan di Bandar Seri Iskandar

Hadirin akan mendengar amanat-amanat dari pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR) sebelum kita menghadapi PRU ke 13 yang akan menjelang tiba tidak berapa lama lagi.Antara pemimpin tertinggi yg akan hadir ialah Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim,Pengerusi DAP Lim Kit Siang,Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin-pemimpin tertinggi PR yang lain.

MOH MENGKOME KITE KE BANDAR SERI ISKANDAR 16 DISEMBER INI...SEMUE DI JEMPUT HADIR.

Sumber-botaonline group

Msinc-Akan support satu banner dari TBO

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved