Sabtu, 9 Mac 2013

07 di ipoh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di ipoh - Google Blog Search


Cerita Udez: Buat projek <b>di Ipoh</b>.

Posted: 21 Feb 2013 12:34 AM PST


Kejadian ni berlaku kira-kira 10 bulan lepas. Awal or tengah bulan April. Yang penting hari Selasa. Masa tu aku ngan Gemok dari Penang dalam 1 pagi lebih. Dia keja syif malam. Balik dari syif malam aku pickup dia kat rumah, mak dia punya bising dia malam2 buta pun nak keluar. Dia suruh aku parking jauh sikit dari rumah dia taknak bagi mak dia nampak. Since mak dia kenal keta aku kan.

Kami bergerak dengan kadar perlahan. Sebab aku risau dia mengantuk,maklumla baru habis syif je aku suh dia tidur tapi dia tak mau tidur. Sampai R&R Gunung Semanggol aku ajak dia makan tapi dia kata makan kat Ipoh jela. Okey teruskan perjalanan... Sampai Sungai Perak kami berenti lagi, dan akhirnya sebab bawak keta macam siput, area 3 pagi jugak baru sampai. Kalau aku sorang sejam ja dari Penang tu dah sampai Ipoh. Dia la.Masa aku bawak, dia tak bagi bawak laju. Pastu tukar dia bawak pun tak laju jugak.

Sampai Ipoh aku dah lapor gile. Pergi McD area Medan Gopeng tu. Tapi dah tutup. Gelap je. Maka pegi KFC seberang Petronas. Makan dan lepak sampai 4 pagi. Gile la tak tidur. Gemok siap minum black coffee KFC tu. Urghh tak sanggup. Mesej ayah. Ayah kata on the way lagi.

Dah 4.30 pagi camtu. Aku gerak dari KFC. Aku memang tak suka lepak satu tempat lama2. Rungsing. Gerak la ke ibu pejabat PPPNP tu. Aku tau simpang masuk nya. Tapi tak pasti bangunan mana satu. Tu pun sebab dah penat cari Gemok kata kat aku "surrender jela,bia dia bukak GPS." haha apakah kata dok Ipoh 5 tahun tapi boleh sesat di Ipoh. Nasibla....

Akhirnya jumpa tempat yang dituju. Gemok terus tidur ja. Sian jugak dia, sebab aku yang ajak teman sangat. Kalau aku memang tak kot. Aku pun jumpa ayah,mak, mak andak,pak andak. Tengok mak macam berat hati ja nak pergi. Aku pun rasa sedih jugak. Ayah pulak pesan suruh balik kampung tiap hujung minggu tengokkan adik2. Lagi la aku sedih. Gemok terus tidur tak sedar diri walaupun aku kejutkan sebab katanya nak jumpa ayah aku. Tapi tak nak bangun2.Haritu masa mak dia yang nak pergi, aku jumpa mak dia for the first time.Dia nak balas balik la kononnya. Sampai jam dah dekat kol 6, aku pun gerak balik ke Penang.

Nak cari tol Jelapang pun dah teraba-raba. Tak biasa kan. Biasa lalu tol Gopeng ja. Nak turun gi tol Simpang Pulai pulak rasa macam buang masa. Gemok syok tidur lagi. Elok2 sampai tol, dia bangun dan tanya "mana ayah?" Hmpppphhh.

Alhamdulillah,dapat jugak hantar ayah nak ke umrah. Baru umrah,kalau haji nanti camne la. Lagi berat hati kot.

Haa, tu pikir aku watpe tu?

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved