Isnin, 11 Mac 2013

07 di padang rengas - Google Blog Search

07 di padang rengas - Google Blog Search


KRT <b>Padang Rengas</b> Perak

Posted: 04 Feb 2013 03:16 AM PST

MINIT MESYUARAT AJK KRT PERTAMA 2013.
Tarikh           : 30 Januari, 2013 (Rabu)
Masa              : 8.30 Malam.
Tempat          : Dewan Belia Padang Rengas.
                1. Ucapan Pengerusi.
                2. Ucapan Penasihat.
                3. Ucapan Pegawai Perpaduan Daerah.
                4. Pembentangan Kewangan.
                5. Acara Serah Tugas Pengerusi Dan Setiausaha Baru 2013.
                6. Hal-hal Lain.
1.  Kehadiran            : AJK Yang Hadir.
Shahrul Kamal Bin Ahmad Anwar
Abdul Hadi Bin Hj. Khairuddin
Raja Ahmad Bin Raja Ludin
Hjh. Anisah Binti Hj. Mahaiyuddin
Hannunah Binti Hj. Mahaiyuddin
Pushpavally A/P M. Ragawan
Shahini Bin Hj. Abu Bakar
Vejayan A/P Baskaran Nair
            Pengerusi KRT, En. Shahrul Kamal mengucapkan, 'Salam 1Malaysia', 'Salam Perak Aman Jaya' dan selamat datang kepada semua Ahli Jawatankuasa yang dapat  hadir ke mesyuarat kali Pertama bagi tahun 2013.  Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada AJK kerana sudi menerima perlantikan AJK baru bagi tahun ini.  Pengerusi berharap agar semua AJK akan memberikan kerjasama yang lebih baik dalam semua program yang telah dirancang dan akan diadakan pada tahun ini.
- Tuan SM Salim mengucapkan terima kasih kepada semua AJK kerana sudi menjemput beliau ke mesyuarat pada malam ini.  Beliau menyatakan bahawa, pada tahun 2012 KRT Padang Rengas banyak menjalankan aktiviti rondaan dan berharap walaupun ada perubahan kepada AJK baru untuk sesi 2013/2014 ini, rondaan akan berjalan seperti biasa.  Beliau juga berharap En. Shahru Kamal sebagai Pengerusi KRT yang baru akan menyediakan jadual bagi memudahkan rondaan bersama dijalankan.  Beliau mengharapkan segala peralatan rondaan tahun lalu (vest, baju, lampu picit, cota, topi) masih boleh digunakan dan sekiranya ada ahli baru yang belum ada, Pengerusi bolehlah berhubung dengan Pegawai Perpaduan Daerah untuk mendapatkan barang keperluan tersebut.
- Dalam ucapan beliau, Tuan SM Salim juga memaklumkan keadaan jenayah di Padang Rengas ketika ini masih terkawal.  Namun masih ada berlaku kes-kes samun contohnya di Kuala Dal, seorang tauke getah telah disamun sebanyak RM6000.00 dan keretanya telah dilarikan tetapi telah dijumpai di tepi lebuhraya Bt. 11, trong.  Begitu juga di Batu 17 Padang Asam yang melibatkan kehilangan wang dan telefon bimbit.  Suspek terlibat telah ditahan dan didapati juga terlibat dengan penyalahgunaan dadah jenis ais.  Terdapat 36 orang individu di Padang Rengas ini yang 'didalam perhatian' dan dikehendaki melaporkan diri ke balai polis bila dikehendaki berbuat demikian.
- Rondaan Bersama Cegah Jenayah telah dijalankan di Taiping, Kuala Kangsar dan tempat-tempat yang lain diseluruh Malaysia yang melibatkan agensi tertentu seperti JPAM, Rela, Polis dan Askar.
- Beliau mengharapkan kepada semua agar sama-sama menjaga keamanan di Padang Rengas dan dapat menyalurkan maklumat kepada beliau melalui telefon sekiranya perlu untuk tindakan segera.
4.  Ucapan Pegawai Perpaduan Daerah.
Tuan Pegawai Perpaduan Daerah menyampaikan salam kemaafan kerana tidak dapat hadir ke mesyuarat pada kali kerana terlibat dengan program rasmi di Seberang Karai.  Namun beliau mengharapkan mesyuarat akan berjalan dan diteruskan seperti biasa.
5.  Pembentangan Kewangan.
Dibentangkan oleh Bendahari:
Baki Di Tangan        : RM     37.00.
Baki Di Bank            : RM7560.42.
6.  Acara Serah Tugas Kepada Pengerusi Dan Setiausaha Baru 2013.
- Acara ini dimulakan dengan Pengerusi lama iaitu En. Abdul Hadi Hj. Khairuddin,  mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua AJK yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang beliau menjadi Pengerusi KRT dan berharap semoga kerjasama ini akan diteruskan lagi bersama dengan pengganti beliau iaitu En. Shahrul Kamal sebagai Pengerusi yang baru.
- Setiausaha yang lama En. Khairam Arshad, juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama kepada beliau sepanjang beliau menjadi Setiausaha KRT.  Beliau mengharapkan agar setiausaha yang baru iaitu En. Kamarul Zaman Yaakub boleh menjalankan tugas dengan lebih baik dan beliau juga mengucapkan terima kasih kepadanya kerana sudi menerima perlantikan ini.  Beliau juga memohon maaf kepada semua AJK sekiranya ada kesilapan atau kelemahan beliau sepanjang beliau menjalankan tugas semasa memegang jawatan tersebut.
- Diantara fail dan amanah yang telah diserahkan kepada Pengerusi dan Setiausaha baru ialah, Fail Kawasan Warta KRT Padang Rengas, Profail KRT Padang Rengas(kawasan rondaan) dan Profail KRT Padang Rengas(aktiviti).
- Pengerusi memaklumkan bahawa aktiviti Majlis Maulidur Rasul yang akan dianjurkan oleh SRS Taman Permai pada 3 Februari, 2013 nanti, dimasukkan kedalam program tahunan KRT Padang Rengas.  Semua AJK dijemput hadir ke majlis tersebut.  Pengerusi juga menambah bahawa, Ketua SRS Taman Permai ada memohon untuk membeli 'white board' dan alat tulis berkaitan untuk digunakan di pondok rondaan Rukun Tetangga Taman Permai dan beliau akan pertimbangkan permohonan tersebut.  Beliau juga memaklumkan bahawa dimasa akan datang AJK akan dimaklumkan melalui sms atau emel disamping surat jemputan bagi menghadiri mesyuarat AJK.
- Pn. Hannunah menyatakan bahawa AJK yang baru dipilih masih belum rasmi selagi tidak ada pengesahan daripada Pegawai Perpaduan Daerah samada secara beliau menghadiri mesyuarat AJK dan mengesahkannya atau secara bertulis.
- En. Abdul Hadi memaklumkan kepada mesyuarat bahawa senarai nama AJK yang baru pada dasarnya telah diterima oleh PPD dan ianya telah disokong oleh En. Khairam kerana beliau sendiri yang menghantar senarai cadangan nama AJK baru kepada pihak PPD dan ianya telah diterima.
- Hjh. Anisah mengharapkan agar hubungan semua AJK dengan Setiausaha baru dan juga bekas Setiausaha, akan lebih mesra dan hendaklah memberikan kerjasama dalam setiap program yang akan dijalankan terutamanya program besar yang bakal dianjurkan oleh KRT Padang Rengas nanti iaitu "Program Jiran Wanita"
- En. Abd. Halim mengharapkan agar surat jemputan ke mesyuarat akan dihantar sendiri oleh Setiausaha kepada semua AJK kerana dengan cara ini dapat memastikan yang AJK mengetahui mesyuarat yang akan diadakan.
- En. Khairam mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua AJK seandainya semasa beliau menjalankan tugas Setiausaha berlaku perkara yang tidak memuaskan hati AJK dan beliau juga mengakui bahawa beliau tidak mampu untuk menghantar sendiri surat jemputan mesyuarat kepada semua AJK dan terpaksa memohon bantuan daripada Pengerusi dan sebahagian AJK untuk berbuat demikian.
- En. Sanushi meminta supaya diadakan kursus bagi mengendalikan peralatan perhubungan (Walkie-Talkie) bagi meningkatkan lagi keberkesanan penggunaannya.
- YM Raja Ahmad pula memaklumkan bahawa 2 anggota SRS Taman Rengas Jaya akan digantikan dengan orang baru kerana mereka tidak aktif dan menarik diri atas sebab-sebab peribadi.
- En. Khairam mencadangkan agar membuat pertukaran penama akaun bank dengan menggantikan nama kepada Pengerusi dan Setiausaha yang baru iaitu En. Shahrul Kamal Bin Ahmad Anwar dan En. Kamarul Zaman Bin Yaakub bersama Bendahari sebagai penama terkini untuk segala urusan kewangan serta perlu mendapat pengesahan daripada Pegawai Perpaduan Daerah terlebih dahulu.  Cadangan beliau telah disokong oleh En. Abdul Hadi dan dipersetujui sebulat suara oleh semua AJK yang hadir.
Pengerusi Jawatankuasa KRT En. Shahrul Kamal mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang hadir dalam mesyuarat pada kali ini dan beliau amat berharap agar apa yang dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat ini akan berjaya terlaksana demi kemajuan dan keselamatan Penduduk KRT Padang Rengas dimasa akan datang.  Beliau juga mengharapkan kerjasama yang erat dikalangan AJK KRT dan ahli SRS Taman Permai, Pekan Padang Rengas dan Taman Rengas Jaya akan berterusan.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 Malam.
                                                    
(KAMARUL ZAMAN BIN YAAKUB)
s.k:       1. Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Kangsar.
            2. Penasihat KRT Padang Rengas.
                2.1. Penghulu Mukim Kampung Buaia.
                2.2. Ketua Balai, Polis Padang Rengas.
 Setiausaha, KRT Padang Rengas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan