Isnin, 11 Mac 2013

07 di tambun - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di tambun - Google Blog Search


Kehadiran PKR <b>di Tambun</b> Tulang tidak gugat BN – Shahidan <b>...</b>

Posted: 21 Feb 2012 10:30 PM PST

Kehadiran ranting Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan Dewan Undangan Negeri Tambun Tulang baru-baru ini tidak menggugat kedudukan Barisan Nasional di situ, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim.

Beliau berkata, walaupun PKR cuba menampakan keyakinan bahawa mereka boleh mendapatkan sokongan, namun laluan kepada pembangkang menguasai kawasan itu bukannya mudah.

Bercakap kepada pemberita selepas menerima 102 borang menjadi anggota UMNO di Kampung Seri Gelam dekat sini, beliau berkata, banyak anggota PKR telah melangkah kaki kepada UMNO.

Shahidan, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis berkata, tinjauan mendapati bilangan yang menyertai PKR di Tambun Tulang adalah amat kecil dan bukannya 200 orang seperti yang didakwa oleh parti itu.

Baru-baru ini, PKR mendakwa 200 orang termasuk bekas anggota UMNO telah menyertai parti itu yang rantingnya telah diwujudkan di kawasan Tambun Tulang. – BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved