Khamis, 7 Mac 2013

di negeri perak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri perak - Google Blog Search


satu lagi penyelewengan tanah rakyat <b>di negeri</b> <b>...</b> - Cananglahnie

Posted: 15 Dec 2012 06:56 PM PST

'SATU LAGI PENYELEWENGAN TANAH RAKYAT DI NEGERI PERAK DI GADAI OLEH UMNO' 
Sekitar awal 80an Teh Lenggong amat terkenal di negeri Perak. Aroma dan citarasa Teh Lenggong ternyata berbeza dengan teh – teh yang lain. Produk ini suatu ketika dahulu menjadi kebanggaan penduduk Lenggong. Tanah milik kerajaan negeri seluas 700 ekar dibangunkan melalui PKNK ini telah memberi peluang pekerjaan serta maanfaat yang besar kepada penduduk setempat.

Lawatan dan tinjauan oleh Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah & Wilayah PAS Negeri Perak serta rombongan pada baru-baru ini mendapati sudah tiada sebarang aktiviti menanam teh di atas bukit tersebut dan hanya dapat dilihat rangka bangunan kilang teh Lenggong yang telah usang.

Seluruh kawasan ladang teh yang dikatakan berkeluasan sekitar 700 ekar telah digondolkan dan rombongan difahamkan oleh individu yang berada disitu tanah ladang teh itu telah diserahkan kepada satu syarikat perladangan milik persendirian yang sekarang giat menjalankan aktiviti penanaman sejenis pokok untuk industri kertas iaitu pokok 'eucalyptus'. Dari maklumat yang diberikan juga, difahamkan pokok jenis ini telah diharamkan penanamannya di beberapa buah negara seperti Brazil, Australia dan India. Penyelidikan melalui web seperti dibawah menjelaskan kenapa ianya diharamkan.

Sila Rujuk :

http://www.deccanherald.com/content/134708/govt-bans-eucalyptus-cultivation-parts.html

http://zeenews.india.com/news/karnataka/k-taka-bans-plantation-of-eucalyptus-and-acacia-on-forest-land_694703.html

http://www.climatemediapartnership.org/reporting/stories/maathai-calls-for-eucalyptus-ban/

http://www.wrm.org.uy/bulletin/150/Brazil.html

http://www.wrm.org.uy/bulletin/52/Brazil.html

Oleh yang demikian, pihak Lajnah Pembangunan Tanah & Wilayah PAS Perak memohon Dato' Dr Zamri Kadir (Menteri Besar Perak) yang juga merupakan ketua kerajaan pada masa ini supaya membuat penjelasan kepada rakyat negeri Perak keatas perkara berikut :

1. Apakah sebab ladang teh ini ditutup dan berapakah kerugian wang rakyat yang ditanggung oleh kerajaan Negeri Perak hasil penutupan ladang teh Lenggong ini?

2. Bagaimana tanah ladang teh Lenggong yang dahulunya dikatakan milik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dilepaskan kepada syarikat persendirian?

3. Tinjauan rombongan mendapati bukan sahaja tanah ladang teh yang diteroka malah hampir keseluruhan tanah persekitaran angagaran lebigh dari 1000ekar telah teroka. Adakah kerajaan negeri mendapat hasil hutan balak daripada tanah yang diteroka tersebut?

4. Bagaimana pihak berkuasa seperti Jabatan Perhutanan,Jabatan Alam Sekitar dan Pejabat Tanah Daerah membenarkan spesis pokok yang diharamkan di beberapa buah negara ditanam dikawasan ini kerana difahamkan ianya boleh menggangu sistem akeologi seterusnya memberi kesan yang buruk kepada penduduk Lenggong .

Haji Razman Bin Haji Zakaria
Pengerus Lajnah Pembangunan Tanah & Wilayah PAS Perak.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved