Isnin, 20 Jun 2011

07 di gopeng - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di gopeng - Google Blog Search


PENTAS KAJIBUKU: Jom Lawat Muzium <b>Gopeng</b>

Posted: 18 Jun 2011 05:05 AM PDT

Sudah sebulan saya dapat maklumat berkenaan sebuah muzium persendirian yang dibina di pekan lama Gopeng. Walaupun hampir setiap hari saya sering ke Simpang Pulai dan Medan Gopeng, saya masih belum arif berkenaan pekan lama Gopeng yang juga dinobatkan sebagai pekan pertama multi bangsa di Perak. Malah Gopeng sebenarnya lebih awal maju dan berkembang disebabkan bijih timah dan getah berbanding Taiping dan Ipoh.

Muzium ini dibangunkan secara sukarela oleh kelompok usahawan Cina anak jati Gopeng, dibuka pada hari Sabtu dan Ahad serta diselia oleh beberapa warga emas dan belia Cina yang komited pertahankan warisan sejarah bangsa ini di bumi Malaysia. Muzium ini juga menjadi tarikan kepada warga China dan Taiwan yang ingin mengenali betapa kekalnya warisan bangsa Cina di bumi perantauan.

Mereka tiada dana tetap. Pernah dilawati malah dirasmikan oleh Menteri Perlancongan, Dato' Dr. Ng Yen Yen, namun tiada sumbangan, perhatian dan pantauan daripada pihak kerajaan atau kementerian yang terlibat. Ia sepatutnya dijaga rapi oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, bukan sekadar dianggap destinasi perlancongan sahaja.

Beberapa orang penyelia muzium tersebut menceritakan rasa kesal mereka kepada saya dan isteri berkenaan tidak cakna dan ambil beratnya kerajaan negeri dan pusat berkenaan usaha mereka.

Teringat saya berkenaan kapal korek tinggalan Osborne & Chapple yang kini terbiar senget dan telah dimasuki air di Tanjung Tualang.

Apabila saya melihat sendiri Rumah Warisan Gopeng iaitu rumah lama kaum Cina (rumah kedai dua tingkat ditambah setingkat loteng), saya kagum dengan seni bina dalaman yang menggunakan kayu cengal. Tidak seperti rumah-rumah taman hari ini, belum dimasuki tuan rumah, ada yang sudah retak!

Muzium Gopeng terpisah dengan Rumah Warisan Gopeng tetapi diurus oleh komuniti yang sama. Saksikan barang-barang rakyat Gopeng suatu ketika dahulu......

Muhammad Nuruddin dan Isteri


Buku penerangan Muzium Gopeng dijual satu set dengan harga RM 10 untuk sumbangan tabung muzium...
Hadapan rumah warisan Gopeng

Basikal berenjin lama.
Duit tunai Jepun matawang pokok pisang. Dijual juga dengan harga RM 30 untuk cenderahati. Wang kertas lama ini dijual untuk menampung kos pengurusan Muzium Gopeng.
Dapur rumah kedai Cina lama yang dibina semula.
Kotak dan bekas rokok berjenama yang digunakan dahulu. Iklan lama rokok jenama 555 masih boleh ditonton di lama Youtube.
Berbual dengan penyelia yang bertugas secara sukarela.
Peralatan gunting rambut cina.
Baju hujan lama daripada guni jerami.

Radio lama.....saya akan beli sebuah suatu hari nanti...
Tiket nombor ekor lama.
Botol F&N lama sejak tahun 1800an.


Ruang loteng..lawa...kemas.


Rumah kedai tapi ada ruang menanam pokok di bahagian atas.
Kipas lama....jenama KDK.

Basin basuh muka.




Jawatankuasa penyelenggara Muzium dan Rumah Warisan Gopeng yang diketuai oleh Benard Yaw.

Ini muzium Gopeng pulak.











Sama seperti botol lama Brylcream yang pernah saya jumpai di rumah tok saya di Balik Pulau dulu.

Buku sejarah perlombongan di Gopeng berharga RM100 untuk derma Muzium.

Kotak biskut dan gula-gula lama.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved