Isnin, 20 Jun 2011

07 di menglembu - Google Blog Search

07 di menglembu - Google Blog Search


Kerajaan komited bantu pengusaha kasut <b>di Menglembu</b> | Ipoh News

Posted: 16 Jan 2011 04:08 AM PST

Kerajaan negeri akan mengotakan janjinya untuk membantu pengusaha kasut di Menglembu mendapatkan tempat sesuai bagi memastikan industri itu terus hidup.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata beliau akan berbincang dengan Datuk Bandar, Datuk Roshidi Hashim mengenai perkara ini.

Katanya kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional sentiasa komited dengan janji yang dibuatnya dan tidak akan lari daripada tanggungjawab.

"Kita tidak pernah lupa apa yang telah kita janjikan. Semasa lawatan saya ke sana (Menglembu) saya telah berjanji kepada pengusaha kasut di situ bahawa kerajaan negeri akan membantu mereka dan kita sedang berusaha ke arah itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan replika kunci kepada 37 penerima rumah bantuan Felcra di Batu 9, Lekir, Pasir Panjang, hari ini.

Menteri Besar diminta mengulas kelohan yang disuarakan pengusaha kasut itu di Menglembu yang merasakan nasib mereka tidak dibela oleh kerajaan negeri berikutan permohonan lesen daripada Majlis Bandaraya Ipoh untuk beroperasi secara sah tidak mendapat kata putus sehingga ke hari ini.

Dr Zambry berkata perancangan kerajaan negeri adalah untuk mewujudkan 'bandar kasut' bagi menempatkan kesemua pengusaha itu di satu kawasan.

"Kita harus mengenal pasti satu tempat yang sesuai. Kita tidak mahu wujud aduan lagi selepas mereka ditempatkan di satu-satu kawasan," katanya.

Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan negeri mahu industri kasut ini hidup kerana sedar perniagaan yang dijalankan pengusaha kasut ini memberi kesan ekonomi kepada Perak.

"Selain itu juga, bandar kasut yang bakal diwujudkan akan menaikkan imej Perak dikalangan pelancong," katanya.

Perak News

Tags: , , , , ,

Category: Perak News

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan