Jumaat, 2 September 2011

07 di batu gajah - Google Blog Search

07 di batu gajah - Google Blog Search


Masalah Lembu &Kerbau Mengganggu Pegguna Jalanraya <b>di Batu</b> <b>...</b>

Posted: 25 Jul 2011 08:24 AM PDT

Sebulan yang lepas saya terlibat dalam suatu kemalangan di Batu Gajah, Perak. Saya telah melanggar sekumpulan kerbau, akibatnye kereta yang saya pandu remuk dibahagian hadapan. Selepas kejadian terbabit, saya dimaklumkan kawasan terbabit kerap berlaku kemalangan akibat terlanggar atau mengelak lembu & kerbau.

Saya difahamkan bahawa masalah ini bukan hanya  timbul di kawasan terbabit, tetapi ia meliputi dari Batu Gajah hingga ke Sri Iskandar, Perak dimana ia dikenali sebagai Lebuhraya Ipoh-Lumut.

Masalah yang banyak menyumbang kepada banyak berlakunya kemalangan yang lebih-lebih lagi membabitkan orang luar yang menggunakan jalan terbabit. Tuan punya lembu & kerbau mengambil langkah mudah dengan membiarkan lembu & kerbau milik mereka bergerak bebas tanpa diikat atau dikuci didalam kandang pada waktu malam, akibatnya pengguna jalanraya menjadi mangsa, apabila ditanya, sudah pasti mereka tidak akan mengaku kerbau terbabit milik mereka.

Tambah menyedihkan lagi kawasan terbabit kekurangan lampu jalan dan lampu jalan yang sediada juga jarang dihidupkan, ia menyukarkan penglihatan di waktu malam disamping tuan punya lembu & kerbau yang tidak memikirkan nasib pengguna jalanraya.

Oleh itu, saya memohon pihak Aduan Rakyat TV3 mengajukan dan menyiasat masalah ini kepada pihak yang berkenaan dan menyarankan agar pemilik lembu & kerbau terbabit diberi amaran dan dikenankan tindakan, dan lembu & kerbau yang tidak bertuan pula difikirkan sesuatu alternatif lain seperti diambil hak pemilikan oleh Jabatan Pertanian atau langkah yang difikirkan sesuai.

Saya terpanggil untuk mengadukan permasalahan ini suapaya tiada lagi pengguna jalanraya yang terlibat dengan masalah yang seperti sengaja diada-adakan ini.

Sekian, terima kasih

By: Riezuan

Aduan yang berkaitan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan