Jumaat, 2 September 2011

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


LOVE SYAHID: Ust Zawawi &#39;terjah&#39; warga fakir-miskin <b>di</b> Pulau <b>...</b>

Posted: 23 Aug 2011 08:08 PM PDT

Kami sempat bergambar bersama-sama Ust Zawawi Hassan
Kami tetap ceria walaupun dalam bulan ramadan

Fakir-miskin di Kampung Teluk Kecil..
Pakcik ini penyokong umno tapi tetap kami hulurkan bantuan beras dan duit raya.
salah seorang pakcik yang menerima sumbangan beras dan duit raya dalam keadaan uzur di kampung teluk gedung... beliau sungguh terharu dengan kehadiran kami...

Kakak ini mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan beras dan duit raya yang telah kami hulurkan..
PULAU PANGKOR, 23 Ogos 2011 - Satu program yang dinamakan Bantuan Beras dan Duit Raya kepada fakir-miskin di sekitar Pulau Pangkor. Bantuan ini, melibatkan 3 buah kampung iaitu Kampung Teluk Gedung, Kampung Teluk Kecik dan Kampung Masjid. Majlis tersebut telah di jalankan selepas solat Asar dan disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Perak iaitu AF Ust Zawawi Hassan.

Pada sebelah malamnya beliau telah memberi tazkirah bertempat di Markas PAS Cawangan Pangkor dan tazkirah beliau cukup mengusik kalbu..

Di kesempatan ini kami dari ahli-ahli PAS Cawangan Pangkor ingin memohon ribuan kemaafan kepada semua yang mengenal kami. Di samping itu kami merayu di bulan yang penuh barakah ini dapat kiranya ahli-ahli PAS dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di luar sana menghulurkan bantuan derma untuk membeli dan membina bangunan Kompleks Tarbiyah PAS Pangkor... sumbangan boleh di salurkan terus ke akuan Maybank no 558266102074 atas nama TKT PAS PANGKOR. Sebarang pertanyaan sila hubungi Ust Syed Sharim Sayed Khalim 019 5121274 dan Ust Shahril Saari 012 2365297.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan