Jumaat, 2 September 2011

di negeri perak - Google Blog Search

di negeri perak - Google Blog Search


Awas!!! Penyebaran Agama Kristian Dari Rumah Ke Rumah <b>...</b>

Posted: 10 Aug 2011 07:22 PM PDT

Penyebaran Agama Kristian dan penawaran bantuan terus bergerak aktif di kawasan di sekitar Ipoh. Beberapa aduan telah diperolehi oleh Sungai Rapat Online daripada penduduk di kawasan Taman Song Choon dalam kawasan Dun Sungai Rapat terdapat beberapa Mubaligh Kristian bergerak aktif di atas nama NGO untuk menyebarkan fahaman Kristian.
Semasa tinjauan Sungai Rapat Online memang aduan penduduk ada benarnya. SRO dapat mengambil gambar secara jauh untuk mengelak daripada diketahui intipan keatas aktiviti mereka. Mengetahui aktiviti mereka diintip mereka bergegas meninggalkan kawasan perumahan itu.
Dalam masa yang sama mereka juga didakwa membuat bancian ke atas penduduk bagi pihak parti DAP untuk mengetahui sokongan sebenar penduduk terutama orang Melayu kepada parti DAP.
Penduduk juga mendakwa mereka diberi beberapa risalah berkenaan kebaikan Agama Kristian dan seterusnya menawarkan bantuan kepada penduduk yang 'tersepit' dalam masalah hutang.
Difahamkan mereka bergerak seara aktif secara berkumpulan seramai 4 hingga 5 orang di kawasan-kawasan  mempunyai sokongan yang majoriti kepada pembangkang. Kawasan yang dikesan di dalam DUN Sungai Rapat ialah Taman Song Choon, Taman Desa Pelancongan dan Taman disekitar Pengkalan Barat. Mereka juga memasuki kawasan perumahan baharu iaitu di Taman Botani.
Sungai Rapat Online menyeru kepada penduduk Islam yang didatangi oleh kumpulan ini diharap berhati-hati dan terus buat laporan kepada Jabatan Agaman Islam yang berdekatan untuk tindakan lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan