07 di hutan melintang - Google Blog Search |
- Malaysia Zoom » Kakitangan JPJ terima rasuah dipenjara
- _INI KISAHKU_: Kursus CPELT <b>di</b> PLGDP Sg. Buloh, <b>Hutan</b> <b>...</b>
- Malaysia Zoom » Biar Pas dan DAP selesaikan isu hudud
Malaysia Zoom » Kakitangan JPJ terima rasuah dipenjara Posted: 27 Sep 2011 04:01 PM PDT IPOH 27 Sept. – Seorang pembantu penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Teluk Intan dipenjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM1,500 daripada seorang pemandu traktor, dua tahun lalu. Hakim Julie Lack Abdullah menjatuhkan hukuman tersebut kepada Mad Karimin Mansor, 49, selepas mendengar rayuan daripada tertuduh yang kelihatan sugul di kandang tertuduh. Julie yang menasihatkan tertuduh agar tidak mengulangi kesalahan itu, turut memerintahkan lelaki tersebut menjalani hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan. Mad Karimin mengaku memperoleh rasuah RM1,500 daripada S. Letchamanan pada pukul 7.40 malam, 4 September 2009 di Kedai Makan Yunos berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Jenderata Bahagian 3 di Hutan Melintang dekat sini. Wang suapan tersebut didakwa diterima sebagai upah untuk tidak mengambil tindakan terhadap Letchamanan yang memandu traktor bernombor pendaftaran AM 3297 tanpa cukai jalan, iaitu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama. Seksyen tersebut memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi. Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam bela Terence Naidu, memohon agar hukuman terhadapnya dikurangkan dengan alasan dia menanggung dua anak selain kehilangan kerja dan wang pencen apabila mengambil keputusan untuk mengaku bersalah. Namun, Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), M. Kathan memohon agar hukuman setimpal dikenakan memandangkan perbuatan rasuah merupakan suatu kesalahan yang serius. Dipetik dari Utusan Malaysia |
_INI KISAHKU_: Kursus CPELT <b>di</b> PLGDP Sg. Buloh, <b>Hutan</b> <b>...</b> Posted: 18 Aug 2011 05:21 PM PDT Kursus bermula pada 8 Ogos 2011 dan Insya Allah, akan berakhir pada 18 November 2011. Kursus yang agak mencabar....memerlukan semangat yang kuat dan kesabaran yang tinggi untuk menghadapinya. Mudah-mudahan Allah akan memudahkan perjalanan hidupku.... |
Malaysia Zoom » Biar Pas dan DAP selesaikan isu hudud Posted: 25 Sep 2011 04:09 PM PDT BAGAN DATOH 25 Sept. – Polemik pelaksanaan hukum hudud di negara ini sepatutnya dibiarkan kepada Pas dan DAP sahaja kerana kedua-dua parti dalam pakatan pembangkang tersebut yang menimbulkan isu berkenaan. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendirian kerajaan dalam isu berkenaan sudah jelas dan ia bukan menjadi isu lagi. "Pelaksanaan hukum hudud di negara ini belum dapat dilaksanakan kerana faktor kesesuaiannya dengan masyarakat majmuk di negara ini. "Sebagai orang Islam, keraguan terhadap hukum hudud tidak timbul sama sekali, cuma negara kita rakyatnya pelbagai kaum," katanya selepas melancarkan Program 'Kami Anak 1Malaysia' di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Melintang di sini hari ini. Program itu melibatkan penyertaan 2,000 pelatih dan 500 bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, beliau mahu bekas pelatih PLKN menyertai program berjalan tanpa henti di seluruh negara yang akan bermula 14 Oktober ini. Katanya, program itu sebagai sokongan kepada kerajaan kerana berjaya mewujudkan program PLKN yang terbukti baik untuk generasi muda negara di samping sebagai tanda sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dipetik dari Utusan Malaysia |
You are subscribed to email updates from di hutan melintang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan