07 di pangkor - Google Blog Search |
- Anak Sungai Derhaka: 'Miss Bikini' <b>di Pangkor</b>.. Jawapan dari <b>...</b>
- Aidilfitri 2011 <b>Di</b> Pulau <b>Pangkor</b>, Perak - Dunia Kami
- Anak Sungai Derhaka: 'Miss Bikini' <b>di</b> Pulau <b>Pangkor</b>?
Anak Sungai Derhaka: 'Miss Bikini' <b>di Pangkor</b>.. Jawapan dari <b>...</b> Posted: 20 Sep 2011 11:00 AM PDT ![]() Menteri Besar Perak adalah Zambry Kadir dan ADUN bagi Pulau Pangkor adalah Zambry Kadir sendiri manakala Exco Pelancongan Perak pula adalah Hamidah Osman mereka adalah pemerintah yang berkuasa di negeri Perak. Segala aktiviti bercorak hiburan yang bakal berlangsung di Perak pasti memerlukan kebenaran dari mereka dan ianya sudah tentu diketahui oleh mereka tambahan pula Zambry Kadir sendiri adalah ADUN bagi Pangkor.
Mungkin kerana terdesak untuk mempertahankan Bossnya atau beliau menulis dalam keadaan mabuk blogger tersebut juga telah mendakwa bahawa kuasa utama di Perak adalah DAP yang mana dakwanya DAP bukan sahaja menguasai politik dikalangan Pakatan Rakyat malah mempunyai wakil-wakil mereka dalam UMNO/BN.. Bacalah.. GEMPAR! PENGANJUR PESTA BIKINI DIDALANGI NGEH-NGA! Sudah tentulah, puak yang ingin benar melihat pertembungan antara Zambry Abdul Kadir dan Hamidah Osman menjadi kenyataan adalah Ngeh-Nga bersaudara yang digerakkan menerusi mulut-mulut dan tangan-tangan PAS serta PKR Perak. Baiklah, dalam soal ini, kita tidak boleh menyalahkan PAS. PAS tidaklah sebijak mana pun di Perak. Kalau setakat pemikiran macam Ahmad Awang, aku tak fikir ancaman itu terlalu besar. Apatah lagi, PAS bersembang besar di Perak kerana satu kebetulan. Kebetulan yang akhirnya menyaksikan Nizar Jamaluddin naik sebagai Menteri Besar boneka yang digerakkan oleh Ngeh-Nga dalam setiap tindak-tanduknya. Perlu diingat, kuasa utama di Perak adalah DAP. DAP bukan sahaja menguasai politik sama ada di kalangan Pakatan Rakyat, bahkan turut mempunyai wakil-wakil mereka dalam UMNO-BN yang menjadi kerajaan negeri. DAP juga merupakan antara dalang utama dalam permainan politik hiburan seperti yang bakal dilangsungkan di Pangkor Beach Resort. DAP tidak seperti UMNO atau PAS yang sangat mudah membuka mulut dan berbangga dengan apa-apa yang mereka lakukan. Perhatikan sahaja bagaimana sikap yang ditunjukkan oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Lim Guan Eng akan berbangga-bangga dan bercakap besar apabila ianya membabitkan orang Melayu dan Islam. Namun apabila membabitkan kaum chauvinist, Lim Guan Eng akan cepat-cepat menutup mulut dan berpura-pura tuli. Justeru, ramai yang percaya, rancangan untuk memalukan Zambry Abdul Kadir dan Hamidah Osman di Pangkor sebenarnya didalangi oleh Nga-Ngeh. Kedua-dua bersepupu ini adalah kuasa utama yang sentiasa berusaha untuk menimbulkan polemik dan membuktikan bahawa kerajaan Zambry Abdul Kadir sebenarnya tidak sepandai dan sepintar mereka. Kenapa aku label beliau sebagai 'Blogger Belaan Zambry?' sila baca di SINI |
Aidilfitri 2011 <b>Di</b> Pulau <b>Pangkor</b>, Perak - Dunia Kami Posted: 08 Sep 2011 07:54 PM PDT Assalamualaikum & Salam sejahtera semua… ![]() Alahamdulillah..bertemu kita lagi. Dan seperti yang di janjikan pada entri yang lalu dimana saya akan berkongsi cerita selama saya berhari raya di Pangkor kan… Alhamdulillah kami semua selamat pergi dan balik dan semua pogram di sana berjalan dengan lancarnya.. Saya sekeluarga bergerak ke Perak pada hari raya ke-2 kerana ada majlis tahlil buat arwah opah & atok di rumah pak sedara di Kampung Gajah sana. Malamnya seperti biasa kami berkumpul di teratak arwah opah & atok. Kami semua bertolak dari teratak arwah opah lebih kurang pukul 9..00am dan berkumpul di Jeti Lumut. Disebabkan sampai di Jeti Lumut dah tengahari,kami pun lunch lah dulu dan solat zuhur dahulu. Selesai semua kami masih menunggu 2 family dari Kedah dan juga Terengganu yang masih belum tiba, akibat kesesakan jalan raya. Jam menunjukkan angka 2pm.. Memandangkan ada pak sedara yang tak berapa sihat,so kami terpaksa bertolak dulu ke Pangkor. Emmm ingatkan kalau time raya2 nie tak ramailah kan yang pergi bercuti,tapi tu semua salah.. Sebabnya ramai sungguh yang sesama kami turut bercuti & berhari raya ke Pangkor nie.. Eehehheee ![]() ![]()
Jangan tak tahu,rombongan kami kali ini adalah seramai 24 orang termasuk kanak2.. Aahahaaa.. Kami ambil pakej sekali dengan resort,makan & mengelilingi pulau.. ![]()
Sesampai jer di Resort,kami telah diberikan 5 bilik. 1bilik memuatkan 6 orang & selebih memuatkan 4 orang dalam sebuah bilik.. Kami yang bujang2 nie ambil lah bilik yang memuatkan 6 orang tu.. Eehehehee.. Saya adik beradik,seorang sepupu & 2 orang mak sedara.. Apa lagi dah masuk bilik & dah pilih katil masing2..kami pun melepaskan lelah sementara menunggu waktu Asar.. ![]()
Lupa pula nak citer pasal 2 family yang lambat tu kan.. Eehehee.. Bila kami balik jer dari tengok matahari terbenam tu,2 family yang lambat tadi telah sampai di Resort dan anak2 buah saya tengah seronok mandi dalam kolam di Resort tu.. Aahahaa.. Di sebelah malamnya pula,selepas makan malam.. Aktivitinya adalah berkaraoke.. Eeheheee… Masing2 lah menunjuk kan bakat terpendam.. Tu pun sepupu2 dan anak2 buah lah.. Yang pak2 sedara & mak2 sedara duduk beborak serta bersantai jer.. ![]() DuniaKami.com tidak bertanggungjawab diatas sebarang masalah, kehilangan atau kerugian didalam penggunaan segala informasi dari DuniaKami.com. Segala informasi di dalam DuniaKami.com adalah bersifat peribadi kecuali dinyatakan sumber asal informasi tersebut. Jika anda perlukan tips cari jodoh serta bagaimana nak kaya cepat, jumpalah pakar yang sesuai. Jika demam, pergi klinik. :) Cik Akak ![]() Related posts: |
Anak Sungai Derhaka: 'Miss Bikini' <b>di</b> Pulau <b>Pangkor</b>? Posted: 19 Sep 2011 09:24 PM PDT Hebatnya Perak dibawah pentadbiran Zamry sekarang ya.. Iklan diatas telah disiarkan oleh The Star beberapa hari yang lepas, bayangkan jika pertandingan 'Miss Bikini' tersebut diadakan di Pulau Pinang atau Kedah ataupun Selangor lebih hebat lagi jika ianya diadakan di Kelantan..
Bagaimanapun bukan semua Blogger UMNO setuju dengan pertandingan 'Miss Bikini World Award 2011' ini.. ada juga yang masih boleh berfikir dengan rasional.. Tahniah.. Bacalah apa yang ditulisnya dibawah.. ZAMBRY KADIR, KAU DAH BOSAN JADI MENTERI BESAR PERAK, EK? Perhatikan PERADUAN tersebut! Siapa sebenarnya yang dijadikan sasaran? Memang benar Pangkor adalah DUN yang diwakili oleh Zambry Abdul Kadir, tetapi siapa pula Exco Pelancongan Perak? Takkan cerita Altantuya yang nak 'bunuh' Anwar dan Najib secara serentak dan pada masa yang sama menyelamatkan Abdullah Badawi, berlaku pula di Perak dalam bentuk Peraduan Bikini Pantai? Masakan Pelancongan Perak terlalu terdesak sehingga perlu mengadakan pertandingan tiga suku bogel di pantai Pangkor? Takkanlah pelancongan Perak sangat bergantung kepada BUAH DADA dan TEMBANNYA TUNDUN bagi menarik kedatangan lebih ramai pelancong ke Pulau Pangkor, sedangkan tanpa elemen-elemen buah dada dan tundun pun, Pangkor memang telah lama menjadi destinasi pelancongan? Produk pelancongan Perak sebenarnya ada pelbagai yang boleh dimajukan. Perak mempunyai aset pelancongan yang jauh lebih besar berbanding Melaka walaupun mungkin kurang berbanding Kedah yang turut menerima nasib yang sama, iaitu SENTIASA DIABAIKAN! Tapi tak tahulah kalau Zambry sudah mulai bosan menjadi Menteri Besar Perak dan berharap pertandingan tersebut akan mempercepatkan dia untuk bersara sebagai Menteri Besar Perak. Kita di luar ini sekadar boleh pandang dan buat persepsi sahajalah, sedangkan Zambry mempunyai pegawai-pegawai yang berotak brilliant yang sangat sukar dicari di mana-mana bahagian dunia ini. |
You are subscribed to email updates from di pangkor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan