Khamis, 29 September 2011

07 di tanjung piandang - Google Blog Search

07 di tanjung piandang - Google Blog Search


Warga Emas mati disamun <b>di Tanjung Piandang</b>, Parit Buntar |

Posted: 06 Aug 2011 05:29 AM PDT

No of View :661

Seorang warga emas ditemui mati dipercayai dibunuh dalam satu kejadian samun di rumahnya di Tanjung Piandang, Parit Buntar, kira-kira 160km dari sini, awal Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata mayat Teoh Ah Nya@Teoh Kooi Lan, 73, ditemui pada pukul 1.30 pagi oleh adiknya yangkemudian memaklumkan kepada pihak polis.

Hasil pemeriksaan, polis mendapati terdapat kesan kecederaan di bahagian leher mangsa dipercayai dipukul dengan objek keras, selain kehilangan barang kemas bernilai RM6,000 dan wang tunai RM1,000, katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Katanya pintu belakang rumah mangsa didapati telah dipecahkan.

Polis percaya kes itu telah dapat diselesaikan dengan penahanan seorang suspek lelaki warga Myanmar berusia 25 tahun, tidak jauh daripada tempatkejadian pada pukul 2.50 pagi tadi, katanya.

Dzuraidi berkata suspek ditahan reman selama lima hari untuk membantu siasatan.

Beliau berkata ini merupakan kes bunuh kedua di Perak dalam tempoh seminggu dan suspek kedua-dua kes berjaya ditahan dalam tempoh kurang daripada 24 jam.

Khamis lepas, Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak Dr Rohani Kasim, 38, ditemui mati dipercayai dibunuh di pangsapurinya di Tambun.

Polis kemudian menahan empat suspek lelaki berusia antara 20 hingga 26 tahun dalam tempoh kurang 24 jam selepas mayat wanita itu ditemui. - BERNAMA

Incoming search terms:

from your own site.

Menara Kehidupan: Bersiar-siar <b>di Tanjung Piandang</b>

Posted: 04 Jul 2011 12:28 AM PDT

Tanjung Piandang

Kawasan yang landai dan disulami dengan bongkah-bongkah batu di sepanjang pesisir pantainya begitu menarik perhatian. Bongkah-bongkah batu itu disusun bagi mengekang hakisan ombak. Di sepanjang tebingnya pula, terdapat pohon-pohon rendang menjadikan suasana di situ sentiasa redup dan nyaman.


Itulah Ban Pecah yang terletak dekat Tanjung Piandang, Perak yang menjadi tempat bersantai dan menjamu selera bagi penduduk daerah Krian. Terletak kira-kira lima kilometer dari bandar Parit Buntar, lokasi ini dikunjungi sehingga lewat malam untuk menjamu selera. Menu utama pilihan pengunjung adalah kari ikan sembilang yang tidak asing lagi serta mi udang Tanjung Piandang. Pada malam hari kami menjamu selere kari ikan sembilang yang terdapat di sini sambil merasai kelasatan ikan sembilang yang segar.

Pekerjaan utama di sini merupakan sebagai nelayan atau pesawah. Aktiviti masyarakatnya di pekan juga sudah aktif seawal pagi. Pekang Tanjung Piandang yang terletak diantara jalan utama Parit Buntar ke Kuala Kurau masih dihiasi dengan deretan kedai-kedai lama. Kami yang keluar di waktu pagi merasakan kedamaian tanpa hiruk pikuk seperti di bandar. Itulah keistimewaan di Tanjung Piandang.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan