07 di kinta - Google Blog Search |
"<b>KINTA</b> EKSPRESS II" MAHU GEGAR JARING THE SOCCEROOS <b>...</b> Posted: 05 Oct 2011 06:46 PM PDT "KINTA EKSPRESS II" MAHU GEGAR JARING THE SOCCEROOS | Penyerang sensasi negara, Safee Sali akur dia berada pada tahap prestasi terbaik mengulangi kejayaan P Ravindran untuk menggegar gawang Australia pada aksi persahabatan antarabangsa di Canberra, esok. Ketika Malaysia menewaskan Australia 1-0 pada final Piala Kemerdekaan Indonesia di Jakarta pada 1992, Ravindran yang digelar 'Kinta Ekspres' menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-70 hasil hantaran ketua pasukan, Zainal Abidin Hassan. Ia pertemuan terakhir kedua-dua pasukan dengan Malaysia hanya menang sekali itu tetapi tewas semua lima aksi terdahulu iaitu 0-1 (1965), 0-3 (1965), 0-1 (1967), 0-4 (1967) dan 0-5 (1982). Esok, harapan untuk menggegar gawang Socceroos dikawal Adam Federici atau Nathan Coe pasti diletak di atas bahu Safee, 27, yang menjaringkan dua gol ketika bertemu Liverpool serta tiga gol pada aksi timbal balik kelayakan Piala Dunia menentang Singapura, Julai lalu. "Sudah tentu saya mahu bantu pasukan memberi satu persembahan terbaik. Seboleh-bolehnya kami mahu cipta kejutan ke atas Australia dan secara peribadi saya cuba untuk menjaringkan gol." |
You are subscribed to email updates from di kinta - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan